Wednesday, September 15, 2010

Tertinggal kondom

SAYA mengadakan hubungan intim dengan isteri menggunakan kondom. Selepas bersama didapati kondom itu tiada dan saya rasa ia berada di dalam faraj isteri.
Apakah tindakan yang boleh dilakukan dan apakah kesan kepada isteri jika kondom terbabit masih di dalam farajnya?

MOHD
Pontian, Johor
 

KONDOM mudah ditarik keluar menggunakan jari yang dimasukkan ke dalam faraj. Setelah itu, kondom hendaklah diperiksa sama ada masih utuh atau sudah koyak.

Sekiranya ia sudah koyak, ada kemungkinan sebahagian lagi cebisan kondom terbabit masih tertinggal di dalam faraj.
Anda mungkin memerlukan pemeriksaan atau kepastian doktor melalui pemeriksaan khas menggunakan alat spekulum untuk melihat keseluruhan faraj dan ruangnya.

Sekiranya ia berada buat masa yang lama, kehadiran kondom yang juga sejenis benda asing ini boleh menyebabkan jangkitan kuman sehingga mendatangkan masalah lelehan, bau dan seumpamanya.

Sementara itu, usah bimbang, agak mustahil untuk kondom memasuki ke dalam rahim kerana pintu rahim sangat kecil.

Bagaimanapun, kegagalan fungsi kondom (melindungi zakar anda dari awal penetrasi sehingga anda mengeluarkannya dari faraj) menyebabkan isteri anda terdedah kepada kemungkinan kehamilan.

Kondom terbabit mungkin tertanggal kerana zakar anda sudah kembali mengendur selepas ejakulasi (anda sepatutnya terus menarik zakar keluar sejurus selepas ejakulasi) atau kondom terbabit longgar.

0 comments:

Post a Comment