Monday, September 13, 2010

Pengurus Bank didakwa cabul pekerja bawahan..

Sumber Metro Online

KUALA LUMPUR: Seorang pengurus bank dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tuduhan 
menggunakan kekerasan jenayah dengan niat mencabul kehormatan pekerja bawahannya, dua tahun lalu.
Shahrin Othman, 36, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Abdullah Siddiq Mohd Nasir.

Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa, Cif Inspektor Nom Phot Prackdit, manakala tertuduh diwakili peguam bela Jason Reginald.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa menggunakan kekerasan jenayah ke atas wanita berusia 25 tahun dengan meramas buah dada dan punggung serta memeluk mangsa dari belakang di pejabatnya di Tingkat 25, Treasury & Capital Market Department, Bank Muamalat Malaysia Berhad, Jalan Melaka, Dang Wangi di sini pada jam 7 malam, 20 Februari 2008.



0 comments:

Post a Comment