Sunday, October 31, 2010

testing.....new blog,test test

Saturday, October 30, 2010

sejarah mungkin berulang.....

salam dan selamat petang pada tomok,peminat tomok,serta penerbit lagu sejarah mungkin berulang..bro mohon maaf banyak-banyak sebab menggunakan tajuk tu,hahaha...betul ke,sapa peminat tomok angkat kaki dan tangan,jangan baling kerusi pulak bro ni..bro ni orang lemah,dah tak kuat lari..kalau kena baling sapa nak selamatkan,hahaha...berbalik pada sejarah mungkin berulang,adakah negeri sembilan bakal gegarkan stadium bukit jalil ataupun negeri kelantan skuad merah putih,kita nantikan bersama.tapi bro nak tilik sikitlah..mungkin akan berakhir dengan sepakan penalti malam nanti..pada bro tak kiralah sapa pun yang juara,yang penting semangat kesukanan harus dijaga dan diteruskan.jangan sampai mencemarkan imej kesukanan malaysia..


p/s;janganlah membangga diri,kelak merosak diri..haha.jaga tingkah laku pada semua yang menonton n9 vs klate malam ni distadium bukit jalil.

Friday, October 29, 2010

Lagi bas terbalik....6 maut 21 cedera

Enam maut manakala 21 lagi dilaporkan cedera selepas sebuah bas pelancongan yang membawa para belia terbabas lalu terbalik di Kilometer 38 Genting Sempah, dekat sini kira-kira 7.50 malam ini.
Kemalangan yang membabitkan bas yang membawa 44 penumpang yang terdiri daripada ahli Belia 4B Kampung Siong, Baling dan dua pemandu bas berlaku ketika kenderaan itu menuruni Genting Highlands.
KEADAAN bas pelancongan yang terbalik di di Kilometer 38 Genting Sempah, dekat susur masuk ke Genting Highland yang mengorbankan enam nyawa, 21 cedera.

Bas itu yang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dikatakan hilang kawalan sebelum terbabas lalu terbalik di laluan bertentangan, demikian menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail.

Penumpang bas berkenaan bermalam di Genting Highlands semalam. Beliau berkata, bomba Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan kira-kira 7.51 malam daripada bomba Bentong yang memaklumkan mengenai insiden itu.
Tujuh jentera bomba termasuk dari Bentong, Kuala Lumpur, Selayang dan Taman Melawati berada di tempat kejadian untuk mengeluarkan mangsa antaranya yang maut kerana tersepit di bawah bas.

Mangsa-mangsa dibawa ke Hospital Bentong, Hospital Selayang dan Hospital Kuala Lumpur.-Bernama

umpan tapa kemboja

umpan tapa kemboja
Bagi kaki pancing...ramai yang dah tahu pasal umpan tapa dari kemboja ni.walaupun dia busuk permintaan tetap tinggi.umpan yang diperbuat dari anak ikan diperap seberapa lama didalam tempayan berserta asam jawa yang masih ada kulitnya.harga dipasaran bagi sebotol umpan tapa sekitar rm50 ke rm60 sebotol.memang tidak dinafikan hasilnya bila menggunakan umpan ini jika ada ikan baung disitu pasti disentapnya umpan.
baung pisang

Mayat berlipat dalam beg,kalau duit takkan orang nak buang dalam semak..

tempat mayat mangsa ditemui
Sejak kebelakangan ini,boleh dikatakan saban hari ada saja kes bunuh,apa nak jadi,salah siapa..siapa kita harus persalahkan.
Mayat seorang remaja perempuan dipercayai dibunuh ditemui dalam beg pakaian berwarna hitam dengan tubuh dan kakinya dilipat bersama-sama sejumlah pakaian, semalam.

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Ahmad Tajol Ansar Ibrahim am@hmetro.com.my Beg berisi mayat itu ditemui pekerja bengkel berhampiran kawasan semak di tepi parit tidak jauh dari tanah rizab Jabatan Bomba dan Penyelamat di Jalan Ukay Perdana, Hulu Klang, kira-kira jam 3.30 petang.


Kejadian menyayat hati itu hampir mengulangi insiden sama pada 17 September 2007 lalu apabila mayat Nurin Jazlin Jazimin, 8, turut ditemui mati dibunuh dalam beg pakaian sebelum dibuang di Petaling Jaya.


Ketua Polis Ampang, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan yang ditemui di lokasi kejadian turut tidak menolak kemungkinan mangsa diculik sebelum dibunuh kejam.

Walaupun tiada sebarang laporan polis berhubung kehilangan remaja perempuan di daerah Ampang, beliau percaya kemungkinan mangsa dibawa dari luar daerah ini sebelum mayatnya dibuang di kawasan berkenaan.


“Oleh itu orang ramai yang kehilangan ahli keluarga diminta segera membuat laporan polis,” katanya.

Difahamkan, pekerja bengkel terbabit menemui beg berisi mayat itu ketika dia melalui kawasan berkenaan yang terletak tidak jauh dari Rumah Bakti Hulu Klang.


Pekerja terbabit dikatakan menunggang motosikal melintasi jambatan berhampiran sebelum melihat satu beg hitam mencurigakan dibuang di kawasan itu.


Sifat ingin tahu menyebabkan lelaki terbabit cuba mengangkat beg berkenaan, namun mendapati ia terlalu berat dan menyangka beg berkenaan mengandungi wang tunai.


Bagaimanapun, apabila dibuka, dia ternampak kaki manusia terjulur dalam beg berkenaan, menyebabkan dia bertempiaran lari dan membuat laporan polis.


Abdul Jalil berkata, bertindak atas laporan diterima sepasukan anggota unit ronda (MPV) dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang segera dihantar ke lokasi kejadian.


“Pemerhatian awal mendapati mangsa remaja perempuan berusia lingkungan 12 hingga 13 tahun. Ketika ditemui mangsa memakai gaun biru dan ditutupi baju lusuh yang turut disumbatkan ke dalam beg itu.


“Pemeriksaan turut mendapati terdapat kesan darah pada pakaian dipakai mangsa,” katanya. Menurutnya, mangsa yang berkulit sawo matang dan berambut lurus paras bahu dipercayai baru dibunuh dan dibuang ke kawasan itu.


“Besar kemungkinan remaja perempuan itu rakyat tempatan, namun siasatan lebih terperinci masih dilakukan. Polis percaya mangsa dibunuh dalam tempoh kurang 24 jam berikutan tubuhnya masih dalam keadaan baik,” katanya.


Menurut Abdul Jalil, siasatan awal unit forensik polis mendapati terdapat kesan lebam pada leher mangsa, namun belum dipastikan sama ada ia kesan cekik atau jerutan.


“Selain itu polis turut menemui satu beg tangan mengandungi nama lelaki, mungkin warga Indonesia berserta nombor telefon. Polis akan menjejak lelaki itu untuk mengetahui kaitannya dengan mangsa,” katanya.


Mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).


Ditanya sama ada mangsa turut diperkosa sebelum dibunuh, Abdul Jalil berkata, pihaknya belum dapat memastikannya sehinggalah bedah siasat dijalankan.


“Tiada sebarang dokumen atau pengenalan diri ditemui pada tubuh mangsa. keadaan ini sedikit sebanyak menyukarkan polis untuk menyiasat identiti mangsa berkenaan,” katanya.

Sumber Metro Online

Thursday, October 28, 2010

susahnya nak apply rumah ...dbkl,pinjaman bank,rakyat terus gelisah.

ppr
Betul ke susah nak apply rumah DBKL ni..nak kena duduk dalam kawasan kuala lumpur & bekerja dalam area kuala lumpur jer dapat.bro kesian betul kat dia orang ni,kadang2 dah lebih sepuluh kali tururn naik lif semata2 merayu nak dapat rumah dbkl tu.tapi malang yer tipis sekali,jawapan encik tak layak..sebab encik kerja kat selangor & tinggal pun dalam kawasan selangor.dengan perasaan hiba & malu tadi kemudian tunduk keluar..bukan nak buka pekung didada,betul ke rumah dbkl ni kena bagi duit.kadang ada bro dengar cite nak kena selit dulu duit kopi baru boleh dapat..bukan sikit tapi sampai rm500 semata2 nakkan rumah.itu pada yang mula nak apply...pada yang dapat pula,nak bayar sewa pun susah..bukan banyak pun..monthly cuma rm124 saja.itu pun ada bro dengar cite sampai berbulan dan bertahun tak bayar.ada pulak yang sewakan kepada orang luar..nak cari side income,bagi indon & bangla duduk dengan kadar rm400 sebulan,aikk..macam2 dah dapat rumah lain pula jadinya.sekarangnya dbkl nak jual pulak rumah tu..itu pun ramai membangkang ,sebab nak duduk percuma lah tue..anda fikirlah bagaimana bank nak meluluskan pinjaman jika tengok record dari dbkl masih ramai yang tertunggak dengan dbkl kerana tak bayar sewa...jika bank meluluskan tanpa periksa,mampukah mereka yang berpendapatan serendah rm1000 untuk membayar rumah,sedangkan sebulan rm124 masih tergantung..

bangganya bro kalau ada ijazah..

google pic
Inilah realitiku kehidupan blogger tanpa sijil & kemahiran, terasa cepat sungguh masa ni berlalu,pejam cilik kini masa mudaku dulu terbiar begitu saja tanpa hala tujuan.merungkai setiap perjalanan semasa mencari kerja tanpa sijil...berbekalkan hanya pandai menulis dan membaca ,sikit sebanyak mengajarku betapa pentingnya segulung sijil walaupun spm.tanpa kelulusan yang ada ,memang terlalu sukar mencari kerja yang boleh menjamin masa depan.bayangkan jika hari ini anda berada ditempat bro tanpa sebarang sijil & kemahiran tidak mungkin dapat mencari perkerjaan yang bagus.Mungkin tidak semua mengenali bro tidak percaya apa bro katakan..bro belajar setakat form 3.itu pun sekadar cukup makan,semua kantoi..ihihi.beruntung dapat masuk form 4 tanpa nak repeat kembali...malangnya semua itu bertahan hanya beberapa bulan saja.bro akhirnya tamat pengajian setakat form 4..sejak dari itu bro mula mencari kerja,dari satu kilang ke kilang yang lain.tanpa sijil & kemahiran bro hanya mampu mengikut setiap gerak geri orang2 lama semasa berkerja..itulah sedikit sebanyak membantu tentang kerja bro yang tiada sijil.walaupun bro tidak mampu menggulung segenggam ijazah..bro bangga dua orang adik bro berjaya mengecapi kejayaan & masih mencari rentak perkerjaan yang sesuai.jika hari ini bro menggenggam ijazah alangkah bangganya..

Wednesday, October 27, 2010

Macam mana nak dapat traffic yang tinggi..

traffic ohh traffic
Hari ini bro ingin berbicara mengenai traffic.. bukan traffic polis tu,tapi traffic mengenai blog yang kita usahakan selama ini.bro yang baru dalam dunia blog ni saban hari cuba merungkai satu persatu bagaimana nak dapat traffic yang tinggi saban hari.bukanya mudah hanya dengan kata2 dapat traffic tinggi..bro tahu dalam dunia blog ni macam2 cara digunakan untuk menaikkan traffic,cuma kita perlu mengukuhkan lagi keadaan yang sedia ada.pelawat yang datang singgah ke blog bro hanya sekitar 80 ke 150 sehari..hehe,susah jgk nak maintain kalau tak ada entri yang menarik yang boleh menarik pengunjung untuk membaca.walaupun traffic turun naik ...alhamdullilah,pakcik nuffnang ada jugak bagi bro BE.walaupun BE tu tenggelam timbul,bro masih boleh tersenyum..terima kasih bebanyak.Bro akan cuba lagi macam mana nak terus mantain..ada jugak yang berkata tidak cukup hanya sekadar post entri saban ahri kalau tak ada pengunjung..

Tuesday, October 26, 2010

kalau semua orang ngaku buat salah...

Pic uncle google
salam,selamat petang pada semua kengkawan yang sedia membaca entri bro ni,dah minum petang ke belum..bro baru saja lepas lunch..sibuk sesangat hari ni.tak taulah apa yang sibuk sangat hampir terlupa nak lunch.berhubung tajuk utama bro " kalau semua orang ngaku buat salah"maka penuhlah penjara negara kita.itupaun bagi kesalahan besar.Yang mamn melakukan kesalahan kecil walaupun sebesar zarah adakah akan masuk penjara,tentu sekali jawapannya tidak.bukan  niat bro nak menunjuk baik yang bro tidak melakukan silap.tidak sekali jawapannya..kerana setiap manusia itu tidak lari dari kesalahan,jadi,apa salahnya jika mengaku kesalahan itu..mengaku kesalahan itu adakah salah untuk kita ..sekurangnya jika ada yang tahu mungkin dia orang boleh memperbetulkan lagi keadaan itu.tidaklah kita terus hanyut dalam dosa kesalahan yang sebesar zarah itu..dulu mak bro pernah berkata,orang kalau berak tengah jalan mana nak ngaku,betul tak??..hahaha..renung2kan mari beramal..hihi.

Monday, October 25, 2010

Stop blogwalking...

Mungkin semenjak dua ni...bro sibuk dengan kerja office balik umah pun agak lewat sikit.nak kena  BW blog kengkawan semua..tu yang penting.Bro taknak sebab kerja ...bro lansung tak boleh nak singgah ke blog kengkawan.Macam mana pun bro akan luangkan sejam dua untuk datang kembali ke blog kengkawan.pepatah ada menyatakan cincan air takkan putus,hehe..bro kalau nak macam tu.sebab kengkawan semua bro semakin maju kedepan..not PJK (Perut jauh kedepan) haha..apapun terima kasih pada semua yang tak henti2 singgah .
jangan risauu bro tkkan henti BW selagi mampu

Gadis lari ikut cikgu pengkid

Sepasang suami isteri terpaksa ‘terbang’ ratusan kilometer dari Melaka, semalam, selepas mendapat tahu anak gadis mereka berusia 16 tahun yang tidak pulang ke rumah sejak 23 hari lalu sedang bercuti di bandar raya ini bersama gurunya yang dipercayai seorang pengkid.
Ibubapa mangsa yang lari ikut pengkid

Abu Kassim Ismail, 58, dan isterinya, Faridah Hassan, 56, mendakwa membuat keputusan untuk datang ke Kuching sebaik mendapat tahu anaknya, Khalilah yang menghilangkan diri sejak 8 Oktober lalu, kini dipercayai berada bersama guru wanita berusia 24 tahun itu.

Abu Kassim yang bingung mengenai nasib Khalilah berkata, sebelum ini anaknya memiliki sifat baik dan tidak pernah membantah cakap ibu bapanya selain cemerlang mendapat 8A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun lalu.

Katanya, sebaik anaknya yang bersekolah agama di Melaka mengenali guru yang juga penyelia asrama berkenaan, pada April lalu, dia mengesyaki sesuatu pelik berlaku ke atas anaknya sehingga mengambil keputusan untuk tidak membenarkan Khalilah tinggal di asrama.

“Guru itu pernah datang dan tidur di rumah, malah saya langsung tidak mengesyaki niat buruknya. Saya mula sangsi selepas mendapat tahu anak saya sudah lama tidak ke sekolah tapi berada di rumah guru terbabit,” katanya ketika ditemui, semalam.

Kehilangan anak bongsu daripada lima beradik itu hanya disedari selepas Khalilah dilaporkan tidak pulang ke rumah sebaik tamat persekolahan di sebuah sekolah agama di Melaka pada 8 Oktober lalu.

“Pada hari kejadian, saya menghantarnya ke sekolah dan pada hari itu jugalah dia menduduki ujian. Namun, sehingga petang saya menunggunya, namun kelibatnya tidak muncul, sehingga saya membuat laporan di Balai Polis Jasin, Melaka,” katanya.

Abu Kassim berkata, dia hanya mengesyaki Khalilah berada di Sarawak selepas menemui keratan tempahan yang dibuat di sebuah agensi pelancong di kediaman guru terbabit di asrama sekolah anaknya.

“Kami kemudiannya ke agensi terbabit dan mengesahkan dia dan Khalilah bercuti di Sarawak,” katanya.

Katanya, kehadiran mereka ke Sarawak diperkuatkan lagi selepas guru berkenaan dikatakan memberitahu rakan kepada anaknya menerusi laman Facebook pada Jumaat lalu.

Usaha Abu Kassim menghubungi guru berkenaan bagaimanapun gagal selepas telefon bimbit dimatikan.

Sumber Metro Online

snooring ketika tidur....

ishh...makin kuat pulak dengkur dia,lempang kang baru tau.
bila ada yang berdengkur ketika tidur,memang kita sakit hati sangat..mana taknya gangguan mimpi,haha.bro pun sering kali dilanda masalah dengkur ni.tapi tak kerap sangat ...itu pun jika terlalu letih sangat baru kuar snooring tu,kalau tak biasa jer.boleh tidur lena tanpa gangguan..yang baro tau dengkur ni mungkin disebabkan sistem penafasan kita terlalu kecil.saluran lubang hidung ke rongga..bila tersumbat angin pun sangkut,betul tak.

aku penulis dikala sunyi..

aku penulis dikala sunyi...
memikir,meneliti,melihat dan memahami setiap kata-kata
yang akan aku kongsikan bersama
tapi tak semua akan memahami lagi mengerti
mungkin ramai akan mempertikaikan
aku harus terima segala kritikan yang bakal aku hadapi
aku masih baru dan masih banyak perluku tahu
apa itu penulisan
aku bukan blogger,
masih awal untuk aku
gelar diriku blogger
aku hanya penulis dikala sunyi
yang mengisi ruangan-ruangan kosong
meniti setiap perjalanan kawan-kawan
itulah lumrah kehidupan aku...
aku tak hebat
 tapi aku perlu
memperhebatkan lagi
aku ingin dihargai
seperti semua yang berjaya
 

Sunday, October 24, 2010

myMetro | Ghairah lihat isteri tuan rumah

hehe...amiklah nak sangat
Ghairah lihat isteri tuan rumah

Haha,macam-macam orang zaman sekarang...nafsu menguasai diri.tengok isteri tuan rumah pun nak stim..issh.

Nokia Bicycle Charger Kit

Baru bro tahu rupanya nokia ada keluarkan basikal charger..hehe.mula-mula tengok cam pelik jer.tapi,bila difikir kembali bagus jugak tu senang untuk yang suka tracking tak risau bila bateri habis.
tengok kat handle dia,pastu dynamo dibawah memainkan peranan apabila nak caj

Charge your phone with free and eco-friendly energy when you cycle

Use your own pedal power to charge your phone for free, efficiently and reliably, when you cycle. This durable charging kit is a convenient way to make sure you can stay in touch.

nak makan lamb chop special..sebelum tido blh tak..

pakcik google punya lamb chop
sapalah nak belanja makan lamb chop ni,pasti bestkan..yerlah sebab percuma tapi tak tau sapa nak payung kembang. pasal makan ni,biasanya ramai yang nak mengelak,betul tak ??

Dapat wang cara mudah Layan pelanggan terpilih di rumah

KUALA LUMPUR: Sekali imbas, sebuah rumah di Ampang, dekat sini, kelihatan seperti kediaman biasa dihuni sekumpulan anak gadis dari desa yang merantau ke ibu kota untuk mencari rezeki.
Gadis urut beroperasi hanya dirumah dengan pelanggan terpilih
Namun selepas diselidik, rupa-rupanya rumah itu menyimpan pelbagai rahsia penghuninya, termasuk menawarkan khidmat urut tiga dalam satu iaitu urut biasa, batin atau khidmat seks jika bayaran ditawarkan pelanggan memuaskan.

Segala-galanya bermula apabila seorang penghuni rumah itu diperangkap menerusi perbualan di laman sosial selepas Metro Ahad memperoleh maklumat mengenai kegiatan itu.

Siasatan mendapati ‘perniagaan’ gadis itu, Ana, 20, agak unik apabila dia meminta deposit 50 peratus sebagai tempahan dan bayaran itu perlu dimasukkan ke dalam akaunnya. 

Selepas wang dimasukkan, dia menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk memberitahu alamat kediamannya, selain menentukan masa perkhidmatan.

Tanpa menyedari dirinya terperangkap, Ana menceritakan aktiviti itu dilakukan untuk mencari wang dengan cara mudah dan selamat.

“Aktiviti ini saya lakukan secara ‘part-time’. Bila ada pelanggan hubungi saya menerusi laman sosial, baru saya melayan. Jika tiada, saya melepak bersama rakan.

“Lagipun, bukan susah untuk mengurut. Kebetulan, saya pandai mengurut. Ada yang mahu saya urut betul-betul. Ada juga yang hanya mahukan urutan batin dan khidmat seks.

“Biasanya saya tidak menyediakan khidmat seks. Namun jika ada yang memujuk dan membayar lebih, saya menerimanya,” katanya yang mampu memperoleh pendapatan hingga RM3,000 sebulan.

Menurut Ana, rakan serumahnya turut melakukan aktiviti sama.

Malah, katanya, setiap pelanggan yang mahukan khidmat berkenaan diberi alamat rumah dan diminta datang ke situ.

“Saya menjalankan aktiviti di rumah. Saya dan rakan menyewa rumah sebagai tempat kediaman tetapi jika mahu khidmat kami, pelanggan akan datang ke rumah.

“Begitupun, saya meminta mereka memasukkan wang ke dalam akaun saya terlebih dulu sebelum memberi alamat dan nombor telefon. Takut nanti mereka memperalatkan saya,” katanya.

Bagaimanapun, Ana hanya menjalankan kegiatan haramnya pada waktu siang ketika waktu pejabat bagi mengelak aktiviti itu dihidu jiran atau pihak berkuasa.

Baginya, tempoh lapan jam itu mencukupi untuk mendapatkan pendapatan ala eksekutif muda setiap bulan tanpa perlu bekerja keras dan hanya menunggu pelanggan di rumah.

“Siapa mampu beri semua ini kepada saya? Jika bukan berusaha sendiri, saya tidak dapat miliki semua ini. Walaupun sekadar separuh masa, pulangannya lumayan.

“Paling banyak saya dapat mengumpul RM3,000 sebulan. Jika diikutkan, ia cukup banyak bagi kerja separuh masa,” katanya.

Selain Ana, Linda, 20, turut menjalankan aktiviti sama. Dia yang terpengaruh dengan rakannya mula berjinak-jinak dengan aktiviti itu seawal usia 19 tahun.

Menurut Linda, rakannya sering menayangkan kemewahan di depannya dan disebabkan perasaan ingin tahu, dia mula bertanya dan kemudian turut mencuba.

“Dulu, saya melayari laman sosial hanya di rumah. Jika ada pelanggan, saya bawa mereka ke rumah rakan. Mula-mula takut juga tetapi bila sudah biasa, ia tidak menjadi masalah.

“Saya mengenakan bayaran RM100 bagi setiap sesi urutan. Begitupun, saya tidak menawarkan khidmat seks. Terpulang kepada pelanggan mahu yang mana satu, urut biasa atau batin,” katanya yang beroperasi di sebuah kondominium di ibu kota.

Pada mulanya, Linda mahu melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi, namun apabila terjebak dengan kemewahan cara mudah, impian itu dilupakan.

“Bukan mudah untuk hidup senang sekarang. Bagi saya, pelajaran belum tentu menjamin masa depan. Jadi apa salahnya saya bekerja seperti ini?

“Bezanya, saya mengurut di rumah dan bukan di pusat urutan mahupun spa. Sekurang-kurangnya, saya mendapat bayaran bersih dan tidak menerusi orang ketiga.

“Lagipun, mengurut di rumah lebih selesa. Tidak ramai tahu aktiviti kami dan saya hanya memilih pelanggan yang tidak dikenali. Namun, jika pelanggan mahu urutan melegakan kesakitan, saya tetap melayan,” katanya yang menawarkan khidmat sepenuh masa, termasuk malam.
Sumber metro online

P/s;Apa nak jadi...tak takut mati ke.

Saturday, October 23, 2010

kambing ohh kambing,,,teringat lamb chop

malam ni aku nak bercerita kehebatan binatang ternakan kambing,kambing ni ada macam-macam jenis kambing.maaf bro tak dapat nak huraikan satu persatu nama dia..yang bro tau cuma kambing kampung.daging kambing adalah yang terbaik berbanding dengan lembu.walaupun daging kambing panas bila dimakan..tapi masih ramai yang gemarkan daging dia.masak kari dan lain-lain..lamb chop pun sodap.ramai orang cakap daging kambing ni berbau..betul ke ?? sebab kambing tak mandi ke..haha.
kambing oh kambing
                     

                                                       

Teringat pulak masa sekolah dulu...

nilah gambar sekolah aku dahulu...gambar pinjam dari uncle google
Bila diingat kembali semasa zaman aku bersekolah dulu...jauh berbeza dengan sekarang ni.yerlah dulu masa g sekolah bawak seringgit,rm0.20 tambang bas balik sekolah,pergi jalan kaki balance tu beli apa yang patut jer & segelas air.zaman sekarang budak2 dah terlalu mewah aku rasa.nak g sekolah ada keta & motor.paling tidak naik basikal untuk kesekolah.belanja pun dah lebih dari rm2,dah cukup2 beruntung.cakap pasal basikal ,aku merasa bawak basikal tua g sekolah.hahah...siap boleh lumba lagi.walaupun dah terlalu lama...tapi sedikit sebanyak mengenagkan kembali waktu remaja dahulu.basikal tu jgk aku carry mak untuk ke kebun..hehe,sampai  jatuhlah nk seimbangkan punya pasal ..hiih.

Friday, October 22, 2010

Tahukah anda harga getah melambung tinggi ..

Malaysia ada adalah diantara pengeluar getah utama dunia.Harga getah melambung tinggi atas permintaan ramai dari industri yang menggunakan getah..atas permintaan tersebut harga getah naik dengan mendadak sehingga rm11 lebih bagi susu cair.Bagi penanam getah masa sekarang nilah yang terbaik untuk buat duit.harga tertinggi setelah 53 tahun...

harga getah melambung tinggi..

Daily Rubber Physical Prices (Sen/Kg)
PHYSICAL CLOSING PRICES(FOB) AT 5.00 PM ON 22/10/2010
November Sen/Kg
Buyers Sellers US Cents/Kg
Buyers Sellers
SMR CV 1257.50 1270.00 408.30 412.35
SMR L 1203.50 1215.50 390.75 394.65
SMR 5 - 1221.00 - 396.45
SMR 10 1199.00 1211.00 389.30 393.20
SMR 20 1197.00 1209.00 388.65 392.55
Tone of Market: Very Firm
Centrifuged Latex: Local Price(ISO 2004)
in Sen/Kg(Wet)
Latex in Bulk Buyers Sellers
779.00

787.00
Notes: With effect from 2 January 2009, the MRB quotes for
both buyer’s and seller’s prices of Latex in Bulk.
Rubber Cesses (Peninsular Malaysia)
R & D : 4.00 sen per kg (effective 1 Sep 2005)
Replanting : 9.92079 sen per kg. OR 4.50 sen per lb
Notes : With effect from 1 January 1994, in respect of container shipments, Terminal Handling Charges at port of loading are for buyer's account.
>> Quotation in RM/Tonne
Daily Price Search
October 2010
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
1 2
3 4 5 6 7 8 9
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30
31
FARMGATE LATEX PRICES ON 22/10/2010
State Sen/Kg (100%DRC)
High Low
Kedah 960.00 920.00
P. Pinang 940.00 940.00
Perak 1035.00 1035.00
N. Sembilan 1070.00 1000.00
Johor 1065.00 970.00

Beranak dalam tandas !! Apa dah jadi dengan remaja sekarang...

BESUT: Seorang remaja yang juga pekerja kedai menjual barangan plastik di bandar Jertih, di sini, mengejutkan rakan sekerja apabila melahirkan anak dalam tandas kedai berkenaan, kelmarin.
pic uncle google
Remaja berusia 19 tahun itu dikatakan mulanya mahu membuang air besar sebelum tiba-tiba melahirkan bayi lelaki yang kemudian disahkan sudah meninggal dunia, kira-kira jam 1 tengah hari.

Ketua Polis daerah, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, wanita itu kemudian memaklumkan kejadian berkenaan kepada rakan sekerjanya yang menghubungi ambulans bagi membawanya ke Hospital Besut mendapatkan rawatan.


“Doktor mengesahkan bayi yang menggelupas kulit itu meninggal dunia dalam kandungan antara dua hingga tiga hari sebelum dilahirkan.


“Bayi itu dilahirkan tidak cukup bulan iaitu baru berusia 36 minggu dan wanita itu memberitahu dia mula mengesan kandungannya tidak bergerak sejak dua hari sebelum itu,” katanya.

Menurutnya, bapa mangsa yang bekerja sebagai pengawal keselamatan mendakwa dia dan keluarga tidak mengetahui anaknya hamil kerana keadaan fizikalnya tidak kelihatan seperti wanita mengandung selain tidak memberitahu sesiapa mengenai keadaan dirinya.

“Rahsia itu hanya terbongkar selepas wanita berkenaan meminta rakannya memanggil ambulans sebelum bapanya membuat laporan dan memohon permit pengebumian di Balai Polis Jertih,” katanya.

Katanya, bapa wanita terbabit kemudian membuat laporan mendakwa anaknya hamil hasil hubungan luar nikah dengan seorang kakitangan awam yang bertugas di Pasir Putih, Kelantan.

Tv berdarah angkara remote control..dua beradik berebut,sorang maut.

KUANTAN: Seorang remaja lelaki terbunuh akibat tertusuk serpihan kaca tingkap dipercayai diacu kakaknya selepas berlaku pertengkaran disebabkan mangsa berebut alat kawalan jauh televisyen dengan adik bongsu di rumah mereka di Balok Baru, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, Muhammad Naili Nafis Zakaria, 14, bekas pelajar sebuah sekolah tahfiz di bandar ini, meninggal dunia kerana parah di pangkal paha kanan akibat terkena serpihan kaca tingkap yang dipercayai diacu kakaknya berusia 16 tahun.

Mangsa dilaporkan meninggal dunia jam 5.40 petang di Klinik Kesihatan Balok, di sini, selepas lebih sejam bertarung nyawa akibat kehilangan banyak darah disebabkan kecederaan teruk





PILU...ibu mangsa tv berdarah dipapah ahli keluarganya di Tanah Perkuburan Islam Balok.



Ketika kejadian, hanya tiga beradik itu tinggal di rumah berikutan ibu mereka, Noranita Abdul Rauf, 37, menunaikan solat Asar di surau berhampiran rumah mereka manakala bapa mereka di tempat kerja.
SIRAM...Zakaria menyiram air di pusara anaknya, Muhammad Naili.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan/Perundangan) negeri, Superintendan Mohd Haris Daud, berkata sebelum kejadian, mangsa, anak kedua daripada tiga beradik bertengkar dengan adik perempuannya berusia lima tahun kerana berebut siaran televisyen.

Menurutnya, kakak sulung mangsa pada mulanya mahu meleraikan pergaduhan itu, tetapi memarahi dan menampar pipi kanan mangsa menyebabkan dia berang.

“Dua beradik itu berlari ke luar rumah sehingga berlaku cabar-mencabar sebelum kakak mangsa mengambil serpihan kaca tingkap dan mengacukannya ke arah mangsa bagi menakutkannya.

“Namun, tiba-tiba kaca berkenaan terlepas daripada genggaman gadis itu lalu terkena pangkal paha kanan mangsa,” katanya ketika ditemui, semalam.

Beliau berkata, mangsa yang mengalami pendarahan teruk meraung meminta pertolongan dan kejadian itu disedari jiran mereka yang bergegas menghantarnya ke klinik berhampiran.

Bagaimanapun, katanya, mangsa gagal diselamatkan apabila disahkan meninggal dunia di klinik berkenaan kira-kira jam 5.40 petang sebelum mayatnya dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, di sini, untuk bedah siasat.

“Laporan doktor mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat parah pada arteri femoral di lipatan pangkal paha kanannya,” katanya.

Menurutnya, polis sudah mengambil keterangan kakak mangsa berhubung kejadian itu dan siasatan lanjut masih dilakukan bagi mengenal pasti punca kejadian.

Sumber Metro Online..

Batang Berjuntai ???

Batang apa yang berjuntai tu...ko orang jangan pikir bukan-bukan pulak.dengar jer batang berjuntai,mula nak pikir bukan2.Batang berjuntai ni nama tempat dikawasan batu arang dan kini lebih dikenali sebagai bestari jaya.tempat ni kawasan bro selalu pergi memancing.bila ada masa terluang bro akan kesana bersama adik beradik bro dan kawan2..sekurang-kurangnya taklah bosan sangat, duduk rumah jer pun kadang2 boring.bila keluar memancing bro rasa lapang sikit dada ni.

Thursday, October 21, 2010

Masa pencarian gadis melayu & jejaka melayu

Buat semua yang berminat nak join ....boleh sertai bro,jadi followers bro.senang sempoi jer,pada minggu ni sehingga minggu depan bro akan mulakan pencarian gadis melayu & jejaka melayu,hahaha...bro nak rolling untuk pemilihan pemenang topup untuk bulan 11.sebelum ni bro ada bagitau untuk pemenang bulan ni RM15 untuk anda.jadi jangan lupa buat entri siap-siap,hehe...mana tau anda akan terpilih.Pada yang dah menang tunggu next year pulak..bagi peluang pada yang lain.

Wednesday, October 20, 2010

Hayati & renungan2kan lirik ini..walaupun hanya beberapa baris..

Anda pernah dengar lirik ni..hayatilah




 Dengar-dengarlah kawan
kami berpesan
baik buat tauladan
buruk buat sempadan
ikut resminya padi
makin tunduk berisi
jangan membangga diri
kelak kita yang rugi..
ikut resminya padi makin tundukberisi
jangan membangga diri
kelak kita yang rugi

1.5 Bilion Aplikasi iphone dimuat turun bagi tempoh setahun

Sambutan iphone yang sangat menggalakkan diseluruh dunia,turut memberi impak positif keatas 'App Store'yang diperkenalkan oleh Apple pada bulan julai 2008,ini jelas terbukti apabila jumlah muat turun aplikasi melalui laman web tersebut telah berjaya mencecah sehingga 1.5 bilion muat turun bagi tempoh setahun selepas dilancarkan.Dengan lebih daripada 100,000 pembangun aplikasi mengambil bahagian dalam menghasilkan 65,000 aplikasi khas untuk 40 juta pengguna iphone & ipod di 77 buah negara,ia sememangnya suatu kejayaan yang sangat besar.Daripada 1.5 bilion muat turun tersebut ,games merupakan aplikasi yang paling banyak dimuat turun 17.68% ,diikuti oleh entertainment dengan 14.17% dan books ditempat ketiga iaitu sebanyak 13.17%.kini dengan pelancaran iphone 4 maka bertambahlah aplikasi ini.

Tuesday, October 19, 2010

Intip 5 artis buat maksiat...siapa tu ??

Lima artis terkenal dalam perhatian khas Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan menjadi ‘senarai keutamaan’ individu yang bakal dicekup kerana disyaki terbabit dengan kegiatan maksiat, berkhalwat dan berjudi.

Lima artis membabitkan empat wanita dan lelaki berusia 20-an hingga 30-an itu menjadi perhatian utama Jais selepas banyak aduan dibuat orang awam secara berterusan mengenai salah laku mereka.


Mendedahkan perkara itu, Penolong Pengarah Bahagian Perancangan dan Strategik Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Shahrom Maarof berkata, pihaknya menerima banyak maklumat serta aduan mengenai lima artis terbabit sejak beberapa bulan lalu.


Menurutnya, berdasarkan aduan diterima serta pemantauan dilakukan Jais, pihaknya mengenal pasti lokasi sarang maksiat artis terbabit dan menunggu masa sesuai mencekup mereka.

“Mengikut maklumat yang kami ada, seorang daripada artis wanita terbabit berusia 30-an dikatakan selalu membawa balik teman lelakinya yang juga suami orang ke rumahnya sejak lebih dua bulan lalu.


“Kegiatan sama juga dilakukan artis wanita lain yang selalu membawa kekasih ke rumahnya terutama selepas jam 10 malam. Tindakan seperti menimbulkan rasa kurang senang jiran tetangga hingga mendorong mereka membuat aduan kepada Jais,” katanya.

Shahrom berkata, artis lelaki terbabit pula menjadi sasaran Jais kerana sering berjudi dan aduan diterima jabatan itu bukan saja daripada orang awam yang tidak mahu bersubahat dengan salah laku artis itu, tapi juga anggota keluarganya yang kecewa dengan tabiat buruknya.


Menurutnya, biarpun Jais mempunyai maklumat dan bukti yang cukup untuk menahan lima artis terbabit, pihaknya mengalami sedikit kesukaran membuat serbuan kerana kawasan tempat tinggal mereka berstatus agak mewah serta dilengkapi kawalan keselamatan.


“Kebiasaannya, individu yang melakukan maksiat termasuklah lima artis ini sudah membuat pakatan dengan pengawal keselamatan agar mereka diberitahu lebih awal apabila kami membuat serbuan supaya mereka dapat meloloskan diri.


“Bagaimanapun, kami tidak boleh putus asa, sebaliknya ada strategi tersendiri untuk melaksanakan tugas kami demi memastikan segala jenis kegiatan maksiat dibanteras, termasuk yang dilakukan golongan artis,” katanya.


Pada masa yang sama, Shahrom tidak menolak kemungkinan lebih ramai lagi artis yang melakukan kegiatan tidak bermoral termasuk menjadikan kelab eksekutif dan pusat hiburan tertentu sebagai markas melakukan maksiat.


Menurutnya, dalam hal ini, kerjasama orang awam agar tampil membuat aduan penting bagi memastikan kegiatan artis terbabit dapat ditangani segera.


“Sebenarnya, apa yang kami lakukan bertujuan memberikan pengajaran kepada pelaku maksiat termasuk artis supaya tidak melakukan perbuatan itu.


“Sebagai individu yang menjadi perhatian ramai dan ada kelompok peminat tersendiri artis sepatutnya menunjukkan akhlak baik dan bukannya melakukan perbuatan yang merendahkan martabat mereka,” katanya.


Beliau berkata, individu yang melakukan kesalahan khalwat akan disiasat mengikut Sekyen 29(1a), Enakmen Jenayah Syariah Selangor dan yang terbabit dengan judi pula disiasat mengikut Seksyen 17(1) enakmen sama.

Sumber Metro Online

BACA LA CITE NI...SEDIH SIOT.....

Dari kawan facebook..

Suami saya adalah serorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya.3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih…lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus.



Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal. Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian. ”Mengapa?” Dia bertanya dengan nada terkejut.



“Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan.” Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.



Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya.



“Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?” Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.



“Siti ada SATU soalan, kalau Abang temui jawapannya di dalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti; Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada di tebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?”



Dia termenung dan akhirnya berkata, “Abang akan memberikan jawapannya esok.” Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.



Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menenui selembar kertas dengan coretan tangannya di bawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan. ..



‘Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya.” Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.



“Siti boleh mengetik di komputer dan selalu mengusik program di dalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut.”



“Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang.”



“Siti suka jalan-jalan di shopping Kompleks tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah.”



“Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu ‘teman baik’ Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu.”



“Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi ‘pelik’. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti di rumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami.”



“Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu. “



“Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu.”



“Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat air matamu mengalir menangisi kematian Abang.”



“Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti.”



“Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti.”



Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.



“Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puas hati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti.” “Tetapi, jika Siti tidak puas hati, sayangku…biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia.”



Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya.



Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam ‘kewujudan’ yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam ‘kewujudan’ yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini. cuba kita ambil ikhtibar dari cerita ini..:)

Saturday, October 16, 2010

'Hukuman tak setimpal' memang tak adil...hapus bukti kes bunuh 7 tahun saja penjara

“Hukuman yang diterima itu tidak setimpal dengan apa yang mereka lakukan ke atas mama dan tiga yang lain,” kata Erni Dekritawati Yuliana Buhari, 25, anak jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, selepas dua lelaki dijatuhkan hukuman penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Majistret Banting, Selangor, semalam.
Dia yang mesra dengan panggilan Rita mengaku berasa terkilan dengan keputusan itu, tetapi agak lega kerana pihak yang bertanggungjawab menerima pembalasan walaupun tidak setimpal.


Rita berkata, sepatutnya kedua-dua tertuduh yang mengaku bersalah menghapuskan bukti dengan membakar dan membuang abu mayat ibu dan tiga rakannya ke sungai, menerima hukuman lebih daripada tujuh tahun penjara.


“Kalau betul apa yang mereka lakukan itu, saya rasa semua orang pasti setuju jika hukuman yang lebih berat dikenakan terhadap tertuduh kerana tindakan menghapuskan bukti hingga tiada mayat dan hanya tinggal serpihan tulang memang tidak berperikemanusiaan terutamanya kepada semua keluarga mangsa.


“Tetapi kalau peruntukan undang-undang sudah sedemikian saya akur dan percaya dengan siasatan dilakukan pihak berkuasa terutamanya polis,” katanya yang ditemui di pejabatnya di Jalan Raja Bot, petang semalam.


Selain itu, ekoran daripada pembebasan beberapa suspek lain yang dikatakan mempunyai kaitan dalam kes berkenaan, dia meluahkan perasaan sedikit gusar kerana selepas apa yang menimpa ibu dan tiga yang lain atau mungkin ramai lagi, banyak perkara yang difikirkan boleh berlaku ke atas diri dan keluarga.


“Bila dengar ada yang sudah bebas, saya berasa agak takut juga kerana mungkin masih ada dendam yang terpendam dan mungkin juga tidak, tetapi kita tidak tahu.


“Apa yang boleh kami lakukan hanyalah mengambil langkah lebih berhati-hati dan kehidupan sosial kini terpaksa dikurangkan,” katanya.


Namun, dia tidak menafikan kalau sesuatu perkara itu ingin berlaku ia akan tetap berlaku walau macam mana pun langkah berhati-hati diambil.


“Tengok macam mama, dia bukan pergi berseorangan tetapi ditemani tiga lelaki, kalau benda hendak jadi macam mana pun akan jadi. Kita terima musibah ini, cuma ambil iktibar dari apa yang sudah berlaku,” katanya. Sementara itu, ditanya adakah dia masih lagi berharap ibunya bukan mangsa pembunuhan kejam itu, dia berkata selagi keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) tidak diumumkan selagi itu masih lagi ada harapan dan kalau betul ibunya sudah tiada dia terima takdir seadanya.

Sumber Metro Online

Friday, October 15, 2010

Adakah syarikat swasta akan setuju....

Adakah syarikat swasta sekarang akan bersetuju dengan apa yang dibentangkan pada bajet 2011.Sistem pencen untuk swasta,jika betul ia dapat dilaksanakan dengan sempurna dan semua syarikat bersetuju,bro adalah orang pertama bersetuju & itu satu kelebihan yang ada.sekarang ni pun perkerja swasta ramai yang terumbang ambing tanpa kelebihan & keuntungan pada semua yang berkerja dengan kerajaan.sekarang ni pun banyak aduan yang dibuat pada kwsp...majikan gagal mencarum epf untuk pekerja,apa akan terjadi jika pekerja tamat perkhidmatan apa yang ada untuk simpanan hari tua,dengan gaji cukup makan tanpa elaun sara hidup.bayangkanlah bertapa azabnya perkerja swasta....

terima kasih....kerana award ni.

Award from Dark Rose
Terima kasih pada Dark Rose kerana sudi bagi award ni kat bro,bro rasa sungguh dihargai..walaupun bro baru lagi dalam dunia blog ni.bila dapat award ni bro rasa terharu sangat,hehe..terima kasih juga buat kengkawan yang sudi singgah ke laman TATKALA AKU BERBICARA .Bro jugak dengan ini nak mengumumkan buat semua pengikut-pengikut bro yang bertuah untuk bulan 11 sahaja  bakal memenangi hadiah topup dari RM10.00 ke RM15.00 bermakna naik RM5.00...setuju tak.Pemenang akan diumumkan pada 1/11/10.Apa tunggu lagi follow jer ...

Thursday, October 14, 2010

ada orang sakit mata dengan blog aku..

hari ni...bro nak change colour kat blog bro ni,memang dah ramai complain.kenapa colour terang sangat,sakit mata akak tengok,uhhu..kadang2 nak jawap jgk.tapi,bro ni jenis open ..tak kisah tentang kritikan tu,terima dengan hati terbuka.mungkin lain kali bro akan berhati2...supaya ko orang yang berkaca mata tidak bertambah silau mata tu.colour apa yang best yer,supaya semua boleh baca dengan jelas,terang & nyata..hehe.

Wednesday, October 13, 2010

Empat termasuk peguam didakwa membunuh Sosilawati dan tiga yang lain

Peguam N Patmanabhan dan tiga orang lagi didakwa di Mahkamah Majistret Teluk Datok di sini, hari ini atas tuduhan membunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Peguam berusia 41 tahun itu didakwa bersama-sama pekerja ladang T Thilaiyalagan, 19; R Matan, 20; dan R Khatavarayan, 30.

Kesemua mereka mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka. Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan.

Pertuduhan terhadap Pathmanabhan, 41, dibacakan dalam bahasa Melayu, manakala pertuduhan terhadap tiga yang lain dibacakan dalam bahasa Tamil.

Kesemua mereka didakwa membunuh Sosilawati, 47; pemandunya, Kamaruddin Shansudin, 44; peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32; dan pegawai bank CIMB Noorhisham Mohammad, 38 antara jam 8.30 malam dan 9.45 malam, pada 30 Ogos 2010.

Pembunuhan itu didakwa dilakukan di Lot No 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting.

Majistret Hurman Hussain menetapkan 16 Disember ini untuk sebutan semula bagi mengemukakan laporan kimia.

Terdahulu tiga daripada mereka dibawa ke mahkamah untuk menghadapi pertuduhan dengan sebuah van, manakala Patmanabhan dibawa dengan kereta Waja yang tiba di perkarangan mahkamah kira-kira 8.30 pagi.

Beberapa minit kemudian pasukan pendakwaan terdiri daripada Timbalan Pendakwaraya Ishak Mohamad Yusof, Idham Abdul Ghani and Saiful Edris Zainuddin tiba di mahkamah.

Sumber Metro Online

Monday, October 11, 2010

Boleh tolong tak ??Macam mana nak jadi blogger hebat..

  1. Bagaimana kita nak jadi seorang blogger yang hebat ?Contoh seperti RedMummy.Com .Semua orang sedia maklum,redmummy diantara blogger wanita yang hebat dengan menjana ribuan ringgit setiap bulan bersama dengan Nuffnang dan iklan persendirian dilaman blog.Buat pengetahuan semua,masih ramai penulis blog yang tidak berjaya menarik perhatian pengunjung untuk traffic yang tinggi,mungkin salah satu faktor ialah entri yang ditulis tidak menarik perhatian.
  2. Saya jugak masih baru didalam dunia penulisan ini,saya jugak masih perlu tunjuk ajar dari semua yang telah berjaya dalam dunia blog.Siapakah yang sudi berkongsi ilmu dunia blogging ni..saya rasa tidak semua sanggup berkongsi .
  3. Adakah penulis blog wanita lagi glamour dari lelaki ...walaupun entry tak menarik perhatiaan untuk pengunjung.tapi mendapat traffic yang tinggi setiap hari.Mungkin cantik kot...tu yang ramai hari2 datang ke blog dia,hahah..
  4. Sampai bilakah penulis-penulis blog malaysia boleh bertahan..

10/10/10 tarikh paling mengerikan untuk keluarga

DAHSYAT...keadaan kereta yang dihempap bas ekspres.
REMBAU: “Saya melihat ada mayat tanpa kepala dan ada yang putus tangan sebaik turun dari bas selepas kemalangan. Keadaan begitu tragis kerana banyak mayat bergelimpangan,” kata Bohari Saikon, 48, saksi kemalangan ngeri menyebabkan 12 kematian membabitkan dua bas, tiga kereta dan sebuah van di Kilometer 223 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) arah selatan berhampiran Pedas, petang semalam.

Ketika kejadian kira-kira jam 6.50 petang itu, Bohari dan 43 rakannya yang juga bekas tentera menaiki bas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam perjalanan pulang ke Melaka selepas mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam majlis perhimpunan raksasa Persatuan Bekas Tentera Malaysia di Bukit Jalil, jam 2.30 petang.

Beliau berkata, sebaik tiba di tempat kejadian, sebuah bas ekspres dari Melaka tiba-tiba terbabas dan melanggar penghadang jalan sebelum merempuh tiga kereta, sebuah van dari arah bertentangan termasuk bas dinaikinya.

“Bas ekspres itu terbalik merentangi jalan. Pemandu bas yang saya naiki juga parah akibat rempuhan bas terbabit yang mengenai bahagian pemandu,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Katanya, sebaik kejadian, dia dan rakannya turun dari bas untuk membantu menyelamatkan penumpang yang selamat.

“Keadaan begitu menyayat hati apabila saya lihat banyak mayat bergelimpangan. Saya tidak dapat pastikan mangsa yang terbunuh itu menaiki kenderaan apa kerana keadaan bas ekspres, tiga kereta dan van itu remuk.

REMUK...bas JKM yang terbabit kemalangan, semalam.


 “Kami hanya membantu mereka yang cedera dan mengeluarkan mangsa yang tersepit. Mangsa yang selamat dan berjaya dikeluarkan dibawa ke tepi lebuh raya sebelum kami meminta bantuan kereta yang lalu untuk menghantar mangsa ke Hospital Melaka.

“Kami tidak berani mengangkat mayat kerana keadaan kecederaan pada mayat yang mengerikan. Setakat yang saya tahu, kebanyakan mangsa lelaki. Mungkin mereka ini penumpang bas ekspres berkenaan,” katanya.Sementara itu, jurucakap polis berkata, setakat ini, sembilan mangsa dikenal pasti lelaki manakala selebihnya wanita.

Katanya, polis belum dapat mengenal pasti identiti semua mangsa dan jenis kenderaan yang mereka naiki ketika kemalangan. Ini kerana mayat berkenaan bergelimpangan di atas jalan dipercayai tercampak sejurus selepas kejadian.

“Semua mayat dihantar ke Bilik Mayat Hospital Melaka untuk bedah siasat. Siasatan awal mendapati bas ekspres terbabit dalam perjalanan dari Melaka Sentral ke Kuala Lumpur,” katanya.

Pegawai Operasi Bomba, Balai Bomba dan Penyelamat Rembau, Mohd Yusof Samad, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 7.07 malam sebelum menghantar satu jentera ke tempat kejadian.

“Kami mengambil masa kira-kira sejam untuk tiba di tempat kejadian walaupun terletak kira-kira 20 kilometer berikutan kesesakan teruk lalu lintas sepanjang tiga kilometer,” katanya.

Menurutnya, pihaknya turut menerima bantuan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Tampin.

SUMBER METRO ONLIE

clamp sell diatas LCD tulah yang putus..



Bagi mengganti clampsell harga biasanya dalam lingkungan rm50 ke rm80 bergantung pada model.hari ni pun tak dapat nak repair kerana tak beli lagi spare part untuk diganti.

Setelah habis kerja ditempat kerja.....

seperti biasa bila habis kerja dioffice ,balik rumah sambung pulak kerja lagi.walaupun dalam kepenatan satu hari suntuk berkerja .hari ini bro nak repair handphone Nokia Type RM-240 Model:6500s-1,dari apa yang bro tengok & test uji handpohe ni cuma ada satu masalah jer,iaitu clamp sell..biasanya handphone slide memang selalu bermasalah.ia sangat sensitif dan mudah putus lalu menyebabkan LCD tidak berfungsi.

Sunday, October 10, 2010

Zulkifli tertekan

“Sedikit sebanyak rasa terkesan juga. Tertekan pun ada juga, terutama apabila melihat pelbagai komen sinis di Internet, termasuk laporan sebuah akhbar tabloid (bukan terbitan kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd) yang sesuka hati melaporkan saya akan berkahwin dengan Rita,” kata personaliti Bernama, Zulkifli Bujang, 32.

“Di laman sosial Facebook saya muncul pelbagai komen negatif, sehingga ada yang terpaksa saya buang (komen itu). Itu belum lagi ungkapan seperti ‘tahniah’, ‘bertuah badan’ dan ‘wah... senanglah selepas ini’.

“Paling tidak bertanggungjawab, ada akhbar melaporkan dengan sebesar-besarnya tajuk ‘Kami Akan Nikah’. Tulis benda yang bukan-bukan... benda yang tak pernah keluar daripada mulut saya sendiri mahupun Rita.

“Saya pun wartawan juga. Sepatutnya kenalah jaga sensitiviti orang lain sebab saya tak nak masyarakat memandang serong,” katanya yang mahu mengkaji tindakan sesuai untuk akhbar terbabit.

Menurut Zul, laporan seperti disiarkan akhbar berkenaan memberi ruang kepada individu tertentu untuk ‘menyerangnya’ di Internet dengan memberi komen negatif mengenai dirinya.

“Orang mungkin akan kata saya mahu ambil kesempatan, malah marah sebab dalam keadaan berduka, ada pula berita seperti itu (kahwin) dan sudah ada pun komen sebegitu. Kemungkinan juga laporan seperti itu boleh menggugat hubungan baik saya dengan Rita serta keluarganya yang terjalin sejak sekian lama.
“Apa yang saya lakukan adalah ikhlas dan saya berasa bertanggungjawab untuk membantu keluarga Rita sebab kami dah kenal lama,” katanya.

Zul berkata, isu dia dan Rita kerap keluar bersama bukan bermakna mereka mempunyai hubungan cinta.

“Daripada dulu lagi kami keluar bersama. Keluar bersama Rita... bersama ibunya dan ahli keluarga lain,” katanya.Sekarang kalau kami keluar bersama, adalah yang akan mengusik, ‘wah... bahagianya’.

“Sampai satu tahap juga, apabila berada di tempat awam pula, ada yang mahu bergambar bersama. Justeru, sekali lagi saya tegaskan, saya dan Rita tak ada apa-apa (hubungan cinta),” katanya.

Metro Ahad sebelum ini melaporkan mengenai hubungan Rita dan Zul yang dilihat ramai bagai merpati dua sejoli, seolah-olah menggambarkan dua insan yang hangat bercinta.

Bagaimanapun, mereka menafikan mempunyai hubungan cinta.

Sumber Metro Online

Tawar perempuan kepada rakan

Pic uncle Google

Asalkan ada ‘modal’ besar, boleh ‘sebat’ perempuan simpanan milik rakan. Demikian pengakuan seorang kontraktor yang menyimpan lebih seorang perempuan simpanan sejak setahun lalu.

“Ia boleh dikatakan satu trend. Sebenarnya lelaki yang kemaruk membela perempuan simpanan ada kelompok tertentu. Biasanya kami keluar bersama ke pusat hiburan seperti kelab malam atau karaoke eksklusif.


“Kami bawa ‘perempuan’ masing-masing dan ketika itu berlakunya ‘usik mengusik’ antara satu sama lain. Yang lebih terbuka akan menawarkan ‘perempuan’ simpanannya kepada rakan dan ada pula perempuan simpanan mata duitan serta tamak menggoda rakan lelaki yang membelanya dengan harapan dijadikan perempuan simpanan,” katanya yang membela dua perempuan simpanan.


Ajib berkata, beberapa rakannya termasuk dirinya tidak kisah ‘berkongsi kasih’ kerana yang penting adalah kepuasan.


“Pada masa sama, trend itu dapat membantu mengurangkan ‘pelaburan’ yang dilabur kepada wanita berkenaan. Sebagai contoh jika biasanya kita beri RM2,000 kepada wanita yang disimpan, mereka tidak kisah jika kita beri kurang daripada itu ketika wanita yang disimpan dibela lelaki lain.

“Ini kerana mereka ada sumber pendapatan lain daripada lelaki lain,” katanya yang sudah berumah tangga dan mempunyai dua anak.


Ditanya mengapa terjebak ke kancah membela perempuan simpanan, Ajib berkata, segala-galanya berpunca daripada layanan isteri yang kurang memuaskan, pengaruh rakan dan berasa sudah banyak wang.


“Isteri saya semakin lama semakin kuat membebel. Ada saja yang tidak kena. Penampilan pula tidak seperti dulu.


“Apabila jumpa kawan yang ‘ligat’, saya terjebak. Ketika itu juga projek banyak... wang pun banyak, jumpa pula wanita yang pandai ambil hati kita dan manja, jadilah benda itu (bela perempuan simpanan),” katanya.


Menurut Ajib, kerjayanya sebagai kontraktor memudahkannya menghabiskan masa bersama perempuan simpanan.


“Susah apa... beri alasan nak melawat tempat projek, dua tiga hari dapatlah habiskan masa dengan ‘kekasih’,” katanya.

Sumber Metro Online

Masa untuk tido...sok nak sekolah,hehe.

Apa tengok2 nak nguratlah tu,pandang tengok dahi licin nak ngurat je..saya ngantoklah nak tido awal hari ni,esok nak sekolah..hehe.Hari ni penat berjalan2 tak tau nak g mana lagi.takut nanti sampai sekolah ngantok pulak.Nanti cikgu tanya kemana semalam kamu pergi,saya blowwalking dengan kawan-kawan semalam,tu ynag ngantok.

Saturday, October 9, 2010

Awie bengang....ko orang punya pasal.

usah pusingkan laptop anda..benda ni benar2 terjadi,awie marah tau.
sekarang ni heboh,awie tak teragak-agak nak buat laporan polis berhubung penyalahan account facebok yang menggunakan nama dia.Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman..sehubungan itu,awie menasihatkan supaya tidak menggunakan lagi nama dia.sehingga sanggup menyamar..hehe.kalau rasa nak glamour sangat g jer jumpa awie,test,try,uji tengok suara tu boleh cari makan tak.

P/s;usahlah kita mengaibkan peribadi seseorang itu...

Memang hebat dia ni...layan sampai 3.

pulangan berganda layan suami orang..
kalau orang ada baca tajuk  '3 kongsi 1 'dalam harian metro ,perghh...memang power dia ni.jadi perempuan simpanan pada 3 suami orang,yang pastinya semua suami orang tu dilayan.mana tidaknya dapat duit,apa nak jadi cari duit dengan cara mudah,nak sangat dengan kemewahan yang sementara ini,sanggup gandaikan maruah..belajar tinggi melangit,tapi otak cetek.nak salahkan sapa ni,tolong jawap sikit.

Bomoh kejar lembaga ?? Ada hantu ke tak takut pun...

jangan teleng tengok gambar ni..orang berebut-rebut mengambil gambar jin & makhluk halus yang dimasukkan ke dalam tabung khas sebelum ia dihanyutkan ke laut oleh bomoh malam tadi.
Bantu gadis misteri ghaib menjelang senja & tengah malam,seramai 17 bomoh datang menawarkan diri untuk merawat siti balqis secara percuma.akhirnya beberapa ekor jin telah dapat ditangkap oleh dua bomoh tersebut.makhluk halus tersebut dimasukan kedalam botol khas & akan dibuang ke laut.

Guess..???woww...

Dah lama nak upload gambar seluar ni,tapi baru sekarang dapat upload..anda minat tak seluar ni,hehe..mesti minatkan sebab mahal lor.aku pun tak mampu beli,haha.ni pun seluar adik aku..hihi

perokok tegar ??adakah dia akan berhenti merokok

1)ala,rokok mahal kita beli tembakau dengan daun jer..tak habis rm2...
2)ala,rokok mahalkan bagus..sekurangnya kita membantu ekonomi negara.
3)bukan rokok diantara cukai tertinggi..
4)perokok tegar bercakap ..tidakkah anda berterima kasih pada kami yang banyak membantu ekonomi negara daripada pengilang2 rokok.
5)paling penting..rokok mahal,kita hisap rokok indon..haha.
6)akhirnya perokok tegar tadi insaf...lalu tidak menghisap rokok lagi.
7)sesungguhnya manusia itu dalam kerugiaan...

hari ni aku format laptop...

haha...model dia dah lama sangat bunyi dia macam kayu palet.Model PALLETTE ...window xp.aduh susahnya..laptop ni dah banyak problem.jadi pening jap kepala aku ni.huhu..

Friday, October 8, 2010

10 TIP MERAWAT BATERI HANDPHONE

Penjagaan handphone amat penting kerana ia dapat menjamin yang handphone kesayangan anda dapat digunakan dengan lebih lama.Selain daripada penjagaan handphone dari segi fungsi dalaman,bateri handphone juga turut memainkan peranan penting.Dimana penjagaan bateri yang baik dapat memanjangkan hayat operasinya.Kali ini saya akan berikan beberapa cara yang boleh anda lakukan untuk menjaga bateri handpone agar tahan lama.

  1. Matikan handphone,sebaik matikan handphone jika anda berada disebuah tempat yang kemungkinan sukar utk mendapatkan signal.kalau handphone terus diaktifkan dan sedaya upaya mencari signal,hal ini akan membuat tenaga bateri anda semakin lemah.
  2. Pakai Repeater,ketika berada ditempat yang sangat terpencil ,gunakan repeater handphone utk memperkuatkan penangkapan signal.
  3. Matikan fungsi suara yang tidak penting,jangan biarkan aktif sepanjang hari.
  4. Jangan aktifkan ringtone dan fungsi getar (vibrate) sekaligus kerana cukup melemahkan tenaga bateri,aktifkan salah satunya saja.ketika berada ditempat tertentu ada baiknya aktifkan fungsi getarnya saja,namun ketika berada ditempat orang ramai seperti mall,stadium dan bandar,mengaktikan ringtone blh menjadi pilihanyg lebih baik.
  5. Kurangkan brightness skrin handphone hingga 50% sahaja agar tenaga bateri yg terpakai lebih jimat.
  6. Matikan bluetooth jika tk gunakan.untuk pengetahuan anda,bluetooth yg aktif akan mengurangkan tenaga bateri handphone dgn lebih cepat.
  7. Sama halnya seperti bluetooth,matikan juga fungsi infra red jika tidak digunakan.
  8. Matikan aplikasi-aplikasi lain yang tidak digunakan.
  9. Letakkan handphone di tempat yg suhunya normal sehingga tdk terjadi kerosakan akibat suhu yg terlalu tinggi atau rendah.Misalnya,jgn letakkan handphone didalam kereta yg terjemurbawah matahari atau diatas laptop yg suhunya panas.
  10. Segera cabut charger dari hanphone jika bateri sudah penuh.

Guru wanita ditawar RM185,580 untuk berbogel

melissa petro

NEW YORK - Pihak pengurusan majalah High Society menawarkan AS$60,000 (RM185,580) kepada seorang guru wanita, Melissa Petro untuk bergambar dalam keadaan bogel, lapor sebuah akhbar semalam.

Tawaran itu menyamai dengan gaji tahunan guru itu selama setahun.

Majalah itu membuat tawaran tersebut selepas guru itu mendedahkan dalam laman blognya bahawa dia pernah menjadi pelacur.

Pada awal bulan ini, guru itu menulis dalam ruangannya di akhbar Huffington Post yang menyatakan pada Oktober 2006 hingga Januari 2007, dia memperoleh wang sebagai pertukaran untuk perkhidmatan seks.

Sebelum ini, Datuk Bandar New York, Michael Bloomberg menyatakan sokongannya berhubung desakan supaya guru itu tidak lagi mengajar.

Ekoran pendedahan itu, guru tersebut telah ditukarkan untuk melakukan kerja-kerja pentadbiran.

Seorang wakil majalah High Society, Daniel Nardio memberitahu akhbar itu, jika guru tersebut menerima tawaran untuk berbogel, gambarnya akan disiarkan untuk edisi Disember depan. - Agensi

Sumber Kosmo

Thursday, October 7, 2010

nilah koleksi handphone bro...

Nilah diantara handphone bro,tak semua hidup cuma koleksi nak penuhkan almari saja.masih ada lagi baru sikit tu,macam2 ada kalau simpan lama lagi,dh jadi antik ..maka kalaulah masih hidup lagi handphone tu semua,adakah harga dia akan melambung tinggi,hahaha.rasanya apa pendapat anda semua.kalau ada handphone rosak ,tak nak guna lagi..boleh cite dengan bro.

berjaya jugak ,bro upload gambar ni..

Akhirnya kini berjaya juga bro nak upload pic ni,setelah menanti sekian lama..haha.masa ni bro tengah nak servis handphone ni..model n95 8gb.nilah kerja bro bila malam tak der kerja.pandai2 buat apa yang patut nak tambah pendapatan bro .setakat nak servis ganti lcd ke,bro buat sendiri jer kat umah.jarang hantar kedai.kecuali melibat ic jer,baru hantar ke kedai..

apasal malam ni....

Teramat bengang tul ....line lembab giler.nak upload gambar je mengambil masa yang agak lama.jadi dah satu kerugian.masa terbuang macam tu saja.biasanya taklah teruk sampai cam ni.nak kata hujan tak de pulak malam ni.ishh..bro rasa kalau kau orang yang panas hati tentu dah lama mdem ni melayang.betul tak ??.nak change line lain sayang.bro dah guna lama modem ni..sejak dia mula beroperasi lagi kat sini.walaupun bayaran bulanan sekitar rm99 saja.sabor jerlah...

Wednesday, October 6, 2010

Isteri kedua suspek

Wanita dikehendaki, Jesyntha Clarene Isreal, 27, yang dipercayai mampu menyelesaikan kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosila wati dan tiga individu lain dikatakan sedang menyembunyikan diri daripada dikesan pihak berkuasa. Dia yang juga isteri kedua kepada seorang suspek kes pembunuhan kejam itu dikatakan mengetahui perancangan dan kejadian pembunuhan berkenaan.

Sumber polis berkata, wanita terbabit adalah individu yang mengetahui mengenai perancangan dan kejadian pembunuhan kejam itu.

“Dia (Jesyntha) yang mengetahui dirinya sedang diburu pihak berkuasa meninggalkan rumahnya di Banting dan bersembunyi di lokasi yang masih belum diketahui,” katanya.

Semalam, Harian Metro melaporkan selepas 36 hari siasatan, kes kematian jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, 47, memasuki episod baru apabila seorang wanita kini amat dikehendaki polis kerana mampu membantu memberi maklumat yang boleh menyelesaikan kes berprofil tinggi itu.

Melalui laman web facebook rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM), wajah dan maklumat wanita dikenali sebagai Jesyntha Clarene Isreal itu didedahkan kepada umum dan kerjasama orang ramai amat diperlukan untuk mengesannya.
Jesyntha berusia 27 tahun dan memegang MyKad bernombor 830630-10-6030. Alamat terakhirnya ialah di Lot 55, Batu 1/2 Jalan Jugra, Banting, Selangor.

Mengikut laman facebook PDRM, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Jesyntha diminta menghubungi Deputi Superintendan Khoo Leng Huat melalui talian 010-4203791.

Selain itu, mereka yang inginkan keterangan lanjut mengenai wanita terbabit boleh melawat laman sosial rasmi PDRM di www.facebook.com/PolisDirajaMalaysia.

 Sumber Metro Online

Tuesday, October 5, 2010

Kasih bertaut jua...kalau dah jodoh,hehe

KAMPUNG GAJAH: Kalau sudah jodoh tidak ke mana dan pepatah itu amat sesuai menggambarkan pasangan warga emas, Shamsuddin Ngah Samat, 72, dan Umi Rais, 70, tetap berkahwin selepas terpisah selama 53 tahun.

Selepas tiga kali lafaz, pasangan itu selamat diijabkabul di rumah pengantin perempuan di Kampung Pasir Garam, dekat sini, kelmarin.

Menceritakan kembali detik perkenalan awalnya dengan Umi, Shamsuddin berkata dia pernah bertunang dengan isterinya itu ketika berusia 19 tahun.

“Bagaimanapun, pertunangan kami hanya bertahan empat bulan. Saya kemudian bertemu dengan wanita lain iaitu arwah isteri.

“Mungkin kami tiada jodoh pada masa itu menyebabkan saya berkahwin dengan arwah isteri, tetapi kami tidak dikurniakan anak,” katanya ditemui selepas majlis perkahwinannya.

Menurut Shamsuddin, selepas berkahwin dengan arwah isterinya yang meninggal dunia Mac lalu, dia dan Umi membawa haluan sendiri dengan Umi bertemu jodoh dengan lelaki lain.

Sumber Metro

Dapatwang adakah benar2 buat duit....

Monday, October 4, 2010

Anggota SPRM diminta ditempatkan di pintu masuk negara

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan diminta untuk menempatkan anggota mereka di pintu-pintu masuk di negara ini bagi membasmi kegiatan rasuah di kalangan kakitangan imigresen.
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Abdul Rahman Othman berkata, langkah itu juga bertujuan memberi ingatan kepada kakitangan imigresen agar tidak terbabit dengan rasuah.


"Perbincangan mengenainya akan diadakan secepat mungkin dengan SPRM," katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Beliau mengucapkan tahniah kepada SPRM yang menahan dua kakitangan Imigresen yang dipercayai terbabit dengan aktiviti rasuah.


"Ia diharap menjadi ingatan serta pengajaran kepada kakitangan yang lain," katanya.


Dua pegawai Imigresen dan seorang orang awam hari ini dilaporkan ditahan oleh SPRM kerana dipercayai terbabit dalam kegiatan penyeludupan masuk pendatang tanpa izin.


Pegawai Imigresen berkenaan ditahan di Jeti Port Dickson Rabu lalu lalu.


Abdul Rahman turut meminta kerjasama penyelia dan Ketua Pengarah Imigresen Negeri memantau gaya hidup anggota mereka.


"Misalnya mungkin boleh dilihat daripada penampilan, cara hidup serta kereta yang dipakai oleh anggota. Jika mereka menggunakan kereta mewah berbanding dengan pendapatan sebenar mereka, mungkin ada sesuatu yang berlaku," jelasnya.

Sumber Bernama

Sunday, October 3, 2010

betul ke..shoutmix paling tinggi traffic dari yang lain.

testing..testing...biasa jer,traffic turun naik jer,tak selalu maintain..kadang merundum teruk sangat,macam baru opening pulak blog ni.

selamat petang semua..Rm5 topup untuk anda.

Nampaknya semua sudah bersedia,siapakah bakal menerima topup RM5..angkat tangan.Hanya RM5 saja,siapakah antara kalian yang berjaya merangkul hadiah hebat ini(haha,macam menang keta plk).tanpa melengahkan masa,saya akan umumkan peserta berjaya..

Tahniah anda terpilih..
boleh claim topup dengan saya
hantar no ke email saya..
ujang591@gmail.com 
sebelum  sent no,post satu entry saya menang topup.