Wednesday, September 15, 2010

Rakyat Malaysia kurang ambil polisi insurans

PASARAN insurans Malaysia masih belum dimanfaat sepenuhnya dengan jumlah purata yang diinsuranskan kurang daripada RM50,000.

Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif Great Eastern Life Assurance (M) Bhd, Koh Yaw Hui, berkata tidak seperti Singapura atau Taiwan yang mempunyai jumlah penduduk yang sama seperti Malaysia, jumlah purata mereka yang mempunyai insurans lebih tinggi.

“Daripada trend yang dicatatkan itu, ia menunjukkan rakyat Malaysia lebih gemar menyimpan berbanding mengambil polisi insurans,” katanya.


Menurutnya, ia berlaku kerana kekurangan penerimaan dan kesedaran di kalangan rakyat tempatan akan kepentingan dan kelebihan polisi insurans.


“Ia masih lagi mempunyai potensi pertumbuhan yang tinggi memandangkan jumlah purata mereka yang diinsuranskan masih rendah dan tidak cukup untuk pemegang polisi,” katanya. - Bernama

0 comments:

Post a Comment