RAYA tahun ini sangat berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini. Walaupun terpaksa beraya di dalam sel tahanan, hari raya Ariel disambut gembira kerana dia ditemani kekasihnya, Luna Maya.
"Luna Maya dibenarkan menyambut hari raya bersama Ariel di sel tahanan.
"Tidak ada larangan kerana memang sudah disediakan ruangan khas untuk tetamu," ujar jurucakap polis, Marwoto Soeto.
Marwoto justeru mempersilakan Luna, keluarga atau teman Ariel yang lain untuk datang menjenguk penyanyi itu pada hari raya ini.
"Ya, kalau mahu datang silakan. Acara itu kan bagus untuk mengeratkan silaturahim tetapi mesti ikut peraturan bertamu," jelasnya.
Marwoto menegaskan bahawa tidak ada keistimewaan khusus diberikan kepada Ariel.
Pemilik nama lengkap Nazriel Irham itu tetap menerima layanan yang sama seperti tahanan lain yang berlebaran di dalam sel.
ARIEL dibenarkan beraya dengan kekasih hatinya, Luna Maya dan pihak berkuasa menyediakan ruangan khas untuk melawat tahanan pada bulan Syawal. |
2 comments:
hello my dear friend...daily visit here, keep spirit and succes for you
really...thank you so much,visit again..
Post a Comment