lesbian pic |
Mulanya saya seorang gadis normal dan setia pada yang satu namun lelaki tidak pernah menghargai cinta saya malah saya pernah putus tunang.
Tinggal enam bulan saja kami akan berkahwin dan hati saya hancur dengan kejadian itu. Mungkin Allah hendak tunjuk dia bukan jodoh saya, dia keluar dengan perempuan lain di hadapan mata saya dan banyak gigitan cinta di lehernya.
Sejak saat itu, saya buang lelaki dalam hidup dan membenci mereka. Mereka hipokrit.
Akhirnya, saya jumpa 'kekasih' saya. Dia sangat baik, lemah lembut dan penuh pengertian. Dialah segala-galanya dalam hidup saya walaupun tahu hubungan kami berdosa besar dan sedar ia tidak akan kekal lama.
Masalahnya, apakah yang harus saya lakukan untuk menghadapi masa depan kerana langsung tiada perasaan kepada kaum lelaki. Hati saya hanya untuk perempuan. Baru-baru ini, kawan saya memperkenalkan dengan seorang kawan lelakinya namun dia juga seperti bekas tunang menyebabkan saya tambah kecewa dan membenci kaum Adam.
Susahnya saya hendak terima lelaki dalam hidup. Saya buntu dan takut mati sebelum sempat bertaubat.
Bantulah saya.
2 comments:
Ini kisah benar atau hanya sekadar cerita rekaan semata-mata? Apa pun jua... kembalilah kpd agama... segala penyelesaian ada di sana.
Ini cerita benar petikan dari harian metro,tentang kaunseling remaja..cuma image dari google.
Post a Comment