Sunday, September 5, 2010

Jangan salah guna media alternatif semata-mata mahu popular



TAWAU - Pengamal media alternatif termasuk penulis blog dan pengguna laman sosial diminta supaya jangan menyalahgunakan kemudahan media baru berkenaan semata-mata untuk mendapat nama atau populariti.
Pembantu Menteri Kewangan Sabah, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata pengamal dan pengguna media alternatif perlu lebih bertanggungjawab dengan mengelak menyentuh isu-isu sensitif seperti agama dan kaum demi memelihara keharmonian kaum dan keselamatan negara.
Pengamal media alternatif perlu berfikir secara mendalam dan mengambil kira kesan negatif perbuatan mereka bukan sahaja kepada diri sendiri tetapi juga masyarakat dan negara, kata Tawfiq yang juga Ketua UMNO Bahagian Tawau kepada pemberita selepas menyerahkan bantuan raya kepada lebih 300 ketua masyarakat dan pemimpin UMNO bahagian itu di sini hari ini. - Bernama

sumber_metro online

0 comments:

Post a Comment