Sunday, September 12, 2010

Anak harap sisa mayat ditemui bukan Sosilawati

 sumber..Kosmo online

KUALA LUMPUR - "Kalau betul emak tidak ada lagi, bawa dia dan tunjuk depan Rina. Abah, tolong cari mak, abah."

Itulah ratapan anak keempat jutawan kosmetik terkenal, Datuk Sosilawati Lawiya, Erni Erinawati Sofea Buhari, 21, yang meraung sejurus selepas sidang akhbar polis yang mengesahkan kematian ibunya disiarkan di kaca televisyen semalam.

Selepas pengumuman itu, Rina menangis seharian dan enggan bercakap dengan ahli keluarga lain.


ANAK bongsu Sosilawati, Siti Nur Fatimah tidak dapat menahan kesedihan ekoran kematian ibunya dan terpaksa ditenangkan oleh saudaranya di Taman Harmonis, Gombak semalam.


Sebelum pengesahan tersebut, anak sulung Sosilawati, Erni Dekritawati Yuliana sempat meluangkan masa menemui wartawan dan jurugambar di luar rumahnya pada pukul 1.30 petang.

"Saya meminta maaf kepada pihak media yang sudah lama menunggu sejak pagi kerana dalam keadaan sekarang ini kami sekeluarga sememangnya memerlukan kekuatan.

"Mengenai berita yang diterima pagi tadi (semalam), saya tidak boleh komen apa-apa dan masih menunggu pengesahan rasmi dari Balai Polis Dang Wangi memandangkan laporan polis dibuat di sana," kata Dekritawati ketika ditemui di kediamannya di Taman Harmonis, Gombak.

2 comments:

Nur Hawa Mohd Zin said...

Semoga ada keajaiban...walaupun bukti semua menunjukkan yang mereka diperlakukan demikian kejam....semua berserah kepada Allah dan tunggu keputusan DNA...sedih tengok keluarga mereka...

Natural Self said...

saya rasa dah cukup bukti..untuk keempat penjenayah tu yang sanggup bertindak diluar batasan tanpa perikemanusiaan..baik bertopeng pada rupa & gelaran seseorang2 itu belum tentu baik peribadi dia.biar mereka juga terima hukuman yang setimpal dengan apa yang mereka lakukannya.

Post a Comment