Sunday, September 5, 2010

Celcom...segalanya dihujung jari anda

Celcom tingkatkan mutu jalur lebar di UUM

SINTOK - Mutu jalur lebar di kawasan sekitar Universiti Utara Malaysia (UUM) akan ditingkatkan bagi memastikan perkhidmatan yang lebih baik di kawasan itu, bersesuaian dengan kedudukannya sebagai pusat pengajian tinggi yang utama di kawasan utara.
Naib Presiden (Kawasan Utara) Celcom Axiata Berhad, Saiful Baharin Abdul Wahab berkata, pihaknya akan menambah 12 lagi stesen untuk menyediakan kemudahan yang bermutu tingg, menjadikan jumlah keseluruhan stesennya 24 buah.
"Kami akan menambah stesen-stesen kami untuk meningkatkan lagi jalur lebar bukan hanya untuk kakitangan tetapi juga kepada pelajar,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas majlis penyerahan alat komunikasi mudah alih Celcom Blackberry kepada 200 penjawat pentadbiran akademik dan ketua-ketua pusat tanggungjawab di sini hari ini. - Bernama

sumber_metro online

0 comments:

Post a Comment