Saturday, July 3, 2010

Uruguay akhiri badi 40 tahun

 sumber/Arena myMetro

JOHANNESBURG: Uruguay meraih penampilan separuh akhir Piala Dunia pertama mereka dalam tempoh 40 tahun selepas kemenangan 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti ke atas Ghana di Soccer City, awal pagi semalam.
Juara Piala Dunia dua kali, Uruguay bertemu Belanda pada separuh akhir di Cape Town, Selasa ini.

Ghana seharusnya memenangi perlawanan itu pada minit terakhir masa tambahan tapi penjaring gol terbanyak mereka Asamoah Gyan gagal menyempurnakan sepakan penalti yang terkena palang apabila Luis Suarez dibuang padang kerana menolak bola dengan tangan di atas garisan gol.

Ghana mendahului menerusi sepakan jarak jauh Sulley Muntari dua minit masa tambahan babak pertama sebelum Diego Forlan menyamakan kedudukan dengan satu sepakan percuma cemerlang pada minit ke-55.

“Saya amat beremosi. Kami tidak bermain dengan bagus, tapi kami berjaya meloloskan diri,” kata jurulatih Uruguay, Oscar Tabarez.
“Pemain amat kuat dan memiliki semangat sepasukan yang kuat. Kami tidak banyak masa untuk bersedia bagi perlawanan menentang Belanda tapi kami akan pergi ke sana untuk menang.” Forlan, yang menjaringkan gol ketiganya pada Piala Dunia, berkata pasukannya bertarung dengan baik.

“Kami tertekan tapi kini kami muncul antara empat pasukan terbaik di dunia.

“Mengenai gol saya, saya menyepaknya secara biasa. Saya perlu menjaringkan gol dan saya tidak memikirkan perkara lain.” - AFP

0 comments:

Post a Comment