Anda Musykil Dr.Mashitah jawab
(Datuk Dr.Mashitah Ibrahim, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri) Pembaca yang ingin bertanya perkara berkaitan agama boleh menulis kepada :
Pengelola Mimbar Metro Ahad, 31 Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur atau
e-mel kepada mimbar@hmetro.com.my
(Datuk Dr.Mashitah Ibrahim, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri) Pembaca yang ingin bertanya perkara berkaitan agama boleh menulis kepada :
Pengelola Mimbar Metro Ahad, 31 Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur atau
e-mel kepada mimbar@hmetro.com.my
SEORANG pengamal perubatan tradisional menyatakan nasib saya malang dan harus mandi bunga untuk membuang sial, tetapi saya tidak mempercayainya.
Namun kebelakangan ini banyak perkara tidak baik terjadi dan saya terfikir mungkin ada benarnya kata-kata pengamal tradisional itu. Apakah saya harus melakukan seperti disaran pengamal perubatan itu? Jika tidak, apa harus saya lakukan untuk mengubah nasib ini? Saya tertekan dengan apa yang berlaku.
AMY
Mandi bunga tidak pernah tercatat dalam perubatan Rasulullah mahupun sahabat kerana ia lebih kepada kepercayaan dan adat. Jika mandi bunga bertujuan mengharumkan badan dan kebersihan, ia diharuskan kerana wangi-wangian antara perkara disukai Rasulullah.
Namun jika ia dikaitkan dengan amalan bomoh dengan membaca mantera tertentu yang boleh merosakkan akidah, perbuatan itu dilarang.
Nasib baik dan buruk seseorang perlu diubah dengan melakukan sesuatu. Allah berfirman yang maksudnya “Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka sendiri merubahnya.” Adalah lebih baik jika dikaji punca perkara malang itu dan langkah mengatasinya. Usah percaya bomoh dan tukang tilik nasib yang membawa kepada syirik kerana ia antara dosa yang tidak diampunkan.
0 comments:
Post a Comment