Showing posts with label sukan. Show all posts
Showing posts with label sukan. Show all posts

Saturday, July 3, 2010

Kaka terlalu sedih

 2010/07/04

PORT ELIZABETH: Bintang Brazil, Kaka berkata tiada siapa yang lebih bersedih daripada pemain selepas juara lima kali itu disingkirkan Belanda pada Piala Dunia.
Robinho meletakkan Brazil di depan tapi gol sendiri Felipe Melo dan gol penentu Wesley Sneijder membolehkan Belanda layak ke separuh akhir.

Kaka berkata kejohanan itu secara keseluruhannya amat sukar buatnya.

“Ia adalah Piala Dunia yang merumitkan, cara saya tiba di sini,” kata Kaka, yang hadir ke kejohanan itu selepas mengalami kecederaan paha yang menjejaskan musimnya di Real Madrid berikutan perpindahan dari AC Milan.

Dia kemudian dibuang padang secara tidak adil menentang Ivory Coast pada peringkat kumpulan dan sekalipun dia berjaya membuat tiga umpanan yang menghasilkan gol, dia gagal membuktikan dirinya sebagai pemain yang memakai jersi bernombor 10 Brazil, jersi yang berstatus legenda pernah digunakan Pele.“Saya lakukan sedaya mungkin - saya bertarung, saya merampas bola, saya benar-benar mencuba,” tegas Kaka.
“Sayangnya, jangkaan memang selalunya tinggi di Brazil kerana rakyat mengharapkan kami memenangi kejuaraan dan apabila kami gagal, ia mencetus kekecewaan,” kata perancang utama itu.

Kaka berkata Brazil akhirnya tersingkir selepas babak pertama yang cemerlang menyaksikan Robinho meletakkan mereka di depan.

“Hanya perkara kecil boleh mengubah keadaan - beberapa ‘set-piece’ yang menghasilkan dua gol Belanda.” Kaka, seperti rakan sepasukannya, enggan membincangkan sama ada mereka masih ada peranan penting untuk dimainkan pada kejohanan 2014 di Brazil, yang kali terakhir menjadi tuan rumah acara itu pada 1950, apabila mereka tumpas di tangan Uruguay. - AFP

Uruguay akhiri badi 40 tahun

 sumber/Arena myMetro

JOHANNESBURG: Uruguay meraih penampilan separuh akhir Piala Dunia pertama mereka dalam tempoh 40 tahun selepas kemenangan 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti ke atas Ghana di Soccer City, awal pagi semalam.
Juara Piala Dunia dua kali, Uruguay bertemu Belanda pada separuh akhir di Cape Town, Selasa ini.

Ghana seharusnya memenangi perlawanan itu pada minit terakhir masa tambahan tapi penjaring gol terbanyak mereka Asamoah Gyan gagal menyempurnakan sepakan penalti yang terkena palang apabila Luis Suarez dibuang padang kerana menolak bola dengan tangan di atas garisan gol.

Ghana mendahului menerusi sepakan jarak jauh Sulley Muntari dua minit masa tambahan babak pertama sebelum Diego Forlan menyamakan kedudukan dengan satu sepakan percuma cemerlang pada minit ke-55.

“Saya amat beremosi. Kami tidak bermain dengan bagus, tapi kami berjaya meloloskan diri,” kata jurulatih Uruguay, Oscar Tabarez.
“Pemain amat kuat dan memiliki semangat sepasukan yang kuat. Kami tidak banyak masa untuk bersedia bagi perlawanan menentang Belanda tapi kami akan pergi ke sana untuk menang.” Forlan, yang menjaringkan gol ketiganya pada Piala Dunia, berkata pasukannya bertarung dengan baik.

“Kami tertekan tapi kini kami muncul antara empat pasukan terbaik di dunia.

“Mengenai gol saya, saya menyepaknya secara biasa. Saya perlu menjaringkan gol dan saya tidak memikirkan perkara lain.” - AFP

peminat argentina kecewa..

kekalahan yang memalukan apabila argentina tewas ditangan germany 4 berbalas 0,kecewa sungguh pemain 2 & peminat apabila mereka tewas.nampaknya germany seakan yakin untuk keakhir apabila menang besar ke atas argentina malam tadi.satu lagi perlawan pagi diantara paraguay dan spain..mana pilihan anda ,adakah paraguay atau spain.. jom tengok.lagi satu jam perlawanan ini akan beraksi.

Friday, July 2, 2010

Memang puas hati

kau orang nak tahu sebab apa aku puas hati...hehehe,pasal brazil semalam tewas dengan nederlands 2-1,mmg puas hati,walaupun brazil membuka tirai perlawanan dengan jaringan seawal 10 minit masa pertama.brazil memang kecewa sangat ,nak pulak dengan peminat dia orang yang terlalu fanatik..uhuhu.syabas brazil sudah keluar dari kelompok ke juara world cup 2010,hehehe.

Monday, June 28, 2010

kecewanya aku....

bengang betul lh...apasal lah semalam mexico boleh tewas lak .dah kena balik kampung...aduh,punyalah aku sokong mexico punya team last2 kecundang jugak.nak buat cam mana bola 2 bulat ,sepak ke baling tetap pusing jugak..arios mexico.

Tuesday, June 22, 2010

mexico pasukan kesukaanku..


hampir terlupa nak nak bagitau kau orang semua,he3.... mexico pasukan kesukaanku,sebab apa kau orang tengoklah sendiri apa yang ada kat pasukan 2..he3.tapi nak buat cam mana telah tewas ditangan uruguay..1-0 ,nampaknya terpaksa berundurlah mexico nanti.

Monday, June 21, 2010

portugal vs japan

Hari penat sangat... kerja banyak,bukan sedikit melambak2 kerja,cam mana banyak pun tetap kena kerja.nak tengok game bola tak sempat... tau2 jepun dah kena belasah 7-0 oleh portugal,perh...dasyat 2.Nasib baik boss sporting tak amik port sangat pasal kerja... tapi apa yang dia mahu everyday,every month nak income.. bukan sedikit plk ,he3.. nasib baik aku tak buat sale.cuma seorang pengangkat kotak.... kalau aku buat sale takut orang tak masuk shop pulak..he3.muka ganas sangat,huuhu. apa2 malam ni kena tido awal tak cukup dah banyak hari ni.