Thursday, July 15, 2010

Hutang si kafir wajib bayar

Dr.Mashitah
Anda Musykil Dr.Mashitah jawab
(Datuk Dr.Mashitah Ibrahim, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri) Pembaca yang ingin bertanya perkara berkaitan agama boleh menulis kepada :
Pengelola Mimbar Metro Ahad, 31 Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur atau
e-mel kepada mimbar@hmetro.com.my
 
SAYA ingin membayar hutang ayah saya yang meninggal dunia. Saya ada dengar orang berkata jika kita berhutang dengan orang kafir, kita hanya dipersalahkan di dunia saja (undang-undang) tetapi di akhirat kelak kita tidak dipersoalkan oleh Allah.
Soalan saya adakah wajib waris membayar hutang berkenaan?

JAINAL
Melaka



Hutang wajib dibayar tidak kira sama ada yang memberi hutang itu orang Islam atau kafir. Islam agama adil pada manusia sejagat. Jika ayah mempunyai hutang pada orang bukan Islam, langsaikan hutang berkenaan kerana ia tetap dipersoalkan di akhirat nanti.

Jika masih ada daripada pusakanya langsaikan dulu sebelum dibahagikan. Jika sudah difaraidkan maka menjadi tanggungjawab saudara selaku anak untuk menyelesaikan yang tertunggak, semoga Allah merahmati kita semua.

0 comments:

Post a Comment