Friday, October 8, 2010

Guru wanita ditawar RM185,580 untuk berbogel

melissa petro

NEW YORK - Pihak pengurusan majalah High Society menawarkan AS$60,000 (RM185,580) kepada seorang guru wanita, Melissa Petro untuk bergambar dalam keadaan bogel, lapor sebuah akhbar semalam.

Tawaran itu menyamai dengan gaji tahunan guru itu selama setahun.

Majalah itu membuat tawaran tersebut selepas guru itu mendedahkan dalam laman blognya bahawa dia pernah menjadi pelacur.

Pada awal bulan ini, guru itu menulis dalam ruangannya di akhbar Huffington Post yang menyatakan pada Oktober 2006 hingga Januari 2007, dia memperoleh wang sebagai pertukaran untuk perkhidmatan seks.

Sebelum ini, Datuk Bandar New York, Michael Bloomberg menyatakan sokongannya berhubung desakan supaya guru itu tidak lagi mengajar.

Ekoran pendedahan itu, guru tersebut telah ditukarkan untuk melakukan kerja-kerja pentadbiran.

Seorang wakil majalah High Society, Daniel Nardio memberitahu akhbar itu, jika guru tersebut menerima tawaran untuk berbogel, gambarnya akan disiarkan untuk edisi Disember depan. - Agensi

Sumber Kosmo

2 comments:

L@g3nd@ buD@k N@k@L said...

wow!!!

Natural Self said...

i like this...

Post a Comment