Sunday, October 10, 2010

Zulkifli tertekan

“Sedikit sebanyak rasa terkesan juga. Tertekan pun ada juga, terutama apabila melihat pelbagai komen sinis di Internet, termasuk laporan sebuah akhbar tabloid (bukan terbitan kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd) yang sesuka hati melaporkan saya akan berkahwin dengan Rita,” kata personaliti Bernama, Zulkifli Bujang, 32.

“Di laman sosial Facebook saya muncul pelbagai komen negatif, sehingga ada yang terpaksa saya buang (komen itu). Itu belum lagi ungkapan seperti ‘tahniah’, ‘bertuah badan’ dan ‘wah... senanglah selepas ini’.

“Paling tidak bertanggungjawab, ada akhbar melaporkan dengan sebesar-besarnya tajuk ‘Kami Akan Nikah’. Tulis benda yang bukan-bukan... benda yang tak pernah keluar daripada mulut saya sendiri mahupun Rita.

“Saya pun wartawan juga. Sepatutnya kenalah jaga sensitiviti orang lain sebab saya tak nak masyarakat memandang serong,” katanya yang mahu mengkaji tindakan sesuai untuk akhbar terbabit.

Menurut Zul, laporan seperti disiarkan akhbar berkenaan memberi ruang kepada individu tertentu untuk ‘menyerangnya’ di Internet dengan memberi komen negatif mengenai dirinya.

“Orang mungkin akan kata saya mahu ambil kesempatan, malah marah sebab dalam keadaan berduka, ada pula berita seperti itu (kahwin) dan sudah ada pun komen sebegitu. Kemungkinan juga laporan seperti itu boleh menggugat hubungan baik saya dengan Rita serta keluarganya yang terjalin sejak sekian lama.
“Apa yang saya lakukan adalah ikhlas dan saya berasa bertanggungjawab untuk membantu keluarga Rita sebab kami dah kenal lama,” katanya.

Zul berkata, isu dia dan Rita kerap keluar bersama bukan bermakna mereka mempunyai hubungan cinta.

“Daripada dulu lagi kami keluar bersama. Keluar bersama Rita... bersama ibunya dan ahli keluarga lain,” katanya.Sekarang kalau kami keluar bersama, adalah yang akan mengusik, ‘wah... bahagianya’.

“Sampai satu tahap juga, apabila berada di tempat awam pula, ada yang mahu bergambar bersama. Justeru, sekali lagi saya tegaskan, saya dan Rita tak ada apa-apa (hubungan cinta),” katanya.

Metro Ahad sebelum ini melaporkan mengenai hubungan Rita dan Zul yang dilihat ramai bagai merpati dua sejoli, seolah-olah menggambarkan dua insan yang hangat bercinta.

Bagaimanapun, mereka menafikan mempunyai hubungan cinta.

Sumber Metro Online

0 comments:

Post a Comment