Sunday, October 10, 2010

Tawar perempuan kepada rakan

Pic uncle Google

Asalkan ada ‘modal’ besar, boleh ‘sebat’ perempuan simpanan milik rakan. Demikian pengakuan seorang kontraktor yang menyimpan lebih seorang perempuan simpanan sejak setahun lalu.

“Ia boleh dikatakan satu trend. Sebenarnya lelaki yang kemaruk membela perempuan simpanan ada kelompok tertentu. Biasanya kami keluar bersama ke pusat hiburan seperti kelab malam atau karaoke eksklusif.


“Kami bawa ‘perempuan’ masing-masing dan ketika itu berlakunya ‘usik mengusik’ antara satu sama lain. Yang lebih terbuka akan menawarkan ‘perempuan’ simpanannya kepada rakan dan ada pula perempuan simpanan mata duitan serta tamak menggoda rakan lelaki yang membelanya dengan harapan dijadikan perempuan simpanan,” katanya yang membela dua perempuan simpanan.


Ajib berkata, beberapa rakannya termasuk dirinya tidak kisah ‘berkongsi kasih’ kerana yang penting adalah kepuasan.


“Pada masa sama, trend itu dapat membantu mengurangkan ‘pelaburan’ yang dilabur kepada wanita berkenaan. Sebagai contoh jika biasanya kita beri RM2,000 kepada wanita yang disimpan, mereka tidak kisah jika kita beri kurang daripada itu ketika wanita yang disimpan dibela lelaki lain.

“Ini kerana mereka ada sumber pendapatan lain daripada lelaki lain,” katanya yang sudah berumah tangga dan mempunyai dua anak.


Ditanya mengapa terjebak ke kancah membela perempuan simpanan, Ajib berkata, segala-galanya berpunca daripada layanan isteri yang kurang memuaskan, pengaruh rakan dan berasa sudah banyak wang.


“Isteri saya semakin lama semakin kuat membebel. Ada saja yang tidak kena. Penampilan pula tidak seperti dulu.


“Apabila jumpa kawan yang ‘ligat’, saya terjebak. Ketika itu juga projek banyak... wang pun banyak, jumpa pula wanita yang pandai ambil hati kita dan manja, jadilah benda itu (bela perempuan simpanan),” katanya.


Menurut Ajib, kerjayanya sebagai kontraktor memudahkannya menghabiskan masa bersama perempuan simpanan.


“Susah apa... beri alasan nak melawat tempat projek, dua tiga hari dapatlah habiskan masa dengan ‘kekasih’,” katanya.

Sumber Metro Online

0 comments:

Post a Comment