Thursday, August 26, 2010

Gadai tunang langsai hutang

BETONG: Dayus dan dajal perkataan paling sesuai bagi menggambarkan perjanjian setan seorang lelaki yang sanggup mempertaruhkan kesucian tunangnya sendiri untuk diragut rakan sebagai cara melangsaikan hutang selepas kalah judi.
Lebih mengaibkan perbuatan terkutuk yang menimpa gadis berusia 21 tahun itu  berlaku di rumah nenek lelaki terbabit di Lempaung di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, mangsa terlebih dulu dipelawa tunangnya untuk bermalam di rumah neneknya, namun lelaki terbabit mula mengatur helah dengan memberi alasan dia terpaksa keluar kononnya untuk berjumpa seseorang dan meninggalkan mangsa bersama neneknya.

Tidak lama kemudian, tiba-tiba seorang lelaki berusia 19 tahun dipercayai kenalan tunangnya datang dari belakang sebelum menolak pintu bilik dan mengarahkan gadis berkenaan mengunci pintu sebelum merogolnya.

Difahamkan, sepanjang kejadian, mangsa merintih meminta tolong daripada nenek tunangnya, namun wanita berusia 60-an itu tidak mampu berbuat apa-apa berikutan pintu bilik dikunci dari dalam.

Ketua Polis Daerah Betong, Deputi Superintendan Mohd Bukhori Saffai, berkata suspek melarikan diri sejurus selesai melampiaskan nafsunya, namun polis tidak memerlukan masa lama untuk menjejakinya.
Berita selanjutnya..

3 comments:

Natural Self said...

tulah ,sekarang ni macam2 hal boleh berlaku..

Miss Fairladyjim said...

hurmmm jangan percaya pada tunang sangat..berpada lah nak2 kalau dia pelawa tido rumah family dia..macam2 boleh berlaku, hanya kite dan rahmat Allah yang boleh tolong diri kite sendiri

miszTERRA_SF_ said...

ase terbakar jep time bace.. mmg laki cm2 x layak jd suami pon.. 2 la bile tahi judi pkiran dh x waras

Post a Comment