Saturday, August 21, 2010

24 premis tawar bufet Ramadan tiada sijil halal

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyenaraikan 24 restoran dan hotel termasuk bertaraf lima bintang menggunakan istilah bufet Ramadan tetapi tidak memenuhi keperluan pensijilan halal Malaysia.

Ketua Pengarahnya, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz, berkata senarai itu dikeluarkan selepas pemeriksaan terhadap 34 restoran dan hotel di sekitar ibu negara, Selangor, Pahang dan Kedah 10 hari pertama Ramadan hingga semalam.


“Antara hasil penemuan ialah penggunaan bahan mentah berasaskan alkohol, bahan diragui dan bahan mentah tiada pengesahan halal,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.


Senarai hotel dan restoran

# One World Hotel First Avenue (Petaling Jaya)
# Bistro & Theatre Restaurant, Pusat Pelancongan Malaysia (Kuala Lumpur)
# Impiana KLCC Hotel & Spa (Kuala Lumpur)
# Hotel Equatorial (M) Sdn Bhd (Kuala Lumpur)
# Putrajaya Shangri-La
# Hotel Nikko Kuala Lumpur
# Shah’s Village Hotel (Petaling Jaya)
# Prescott Inn Kajang
# Lagenda Cuisine Sdn Bhd (Prescott Inn Kajang)
# Oriental Cyrstal Kajang
# Restoran Tupai-Tupai (Kajang)
# Eastin Hotel Petaling Jaya
# Concorde Hotel KL
# Novotel KL City Center (Concierge-Dept)
# Bangi Golf Restaurant
# Cititel Mid Valley (Kuala Lumpur)
# Kanpei Restaurant (Kuala Lumpur)
# The Zon All Suites Residences (Kuala Lumpur)
# The Royale Bintang Kuala Lumpur
# R & B Services Berjaya Times Square Hotel (KL)
# The Saujana Kuala Lumpur
# Hilton Kuala Lumpur
# Le Meridien (Kuala Lumpur)
# The Regency Hotel (Kuala Lumpur).

0 comments:

Post a Comment