Sunday, August 8, 2010

10 haribulan ni tengok anak bulan..

Salam sejahtera semua, tak lama lagi bulan Ramadhan akan menjelang tiba. Lebih kurang dua hari saja lagi. Dah bersedia ke belum untuk berpuasa pada tahun ni?



KUALA LUMPUR: Tarikh melihat anak bulan bagi menentukan permulaan puasa bagi umat Islam di seluruh Malaysia ialah petang Selasa, 10 Ogos bersamaan 29 Syaaban 1431 Hijrah.
Berdasarkan kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia, lokasi melihat anak bulan tahun ini adalah sama seperti dilakukan setiap kali upacara itu diadakan.
Kenyataan itu turut menyebut, Majlis Raja-Raja mempersetujui cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah serta Hisab.

Pengisytiharan tarikh permulaan puasa akan dibuat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia melalui radio dan televisyen.

sumber metro online.

0 comments:

Post a Comment