Tuesday, February 22, 2011

Aksi panas parti liar...

KALAU SS sebut nama pelakon ini, mungkin ramai tak kenal. Sebabnya, adalah berlakon siri popular tapi bukanlah watak utama, jadi cerita mengenai dirinya tidaklah hangat, maklumlah, pelakon tambahan saja.

Tapi cerita mengenai dirinya di luar tabir nampaknya lebih hangat. Maklumlah, model tinggi lampai dan penampilan pula seksi. SS berpeluang menyaksikan gambar-gambar panasnya bersama kawan disebarkan di Internet.

Kalau selama ini gambar artis berhibur di pusat hiburan dengan pakaian seksi dan air haram sudah biasa SS tengok.

Tapi ini gambarnya di majlis liar khusus untuk rakan sekepala dengan hanya berbikini, siap dengan pelbagai aksi yang membuatkan orang melihatnya menggeleng kepala.


Kalau tidak silap SS, lokasinya di bilik hotel dan SS bimbang apabila sudah begitu penampilannya ditambah pula minum air haram, mungkin mereka boleh pergi lebih jauh walaupun semuanya hanya wanita.

Tidak cukup dengan itu, ada pula gambar mereka bergembira bersosial dalam majlis dinamakan parti buih. Seram sejuk SS mengingatkannya, bimbang tsunami melanda lagi kerana manusia bebas melakukan maksiat.

Ada rakan berkata, tidak kisahlah kerana dia bukan orang Islam tapi ada pula rakan yang kata, model ini sudah berkahwin dengan lelaki Muslim. Kalau begitu, tentulah menjadi saudara baru dan kehidupan juga berbeza dengan sebelum ini.

Tapi kalau kehidupan lama belum mampu ditinggalkan, ia sesuatu yang malang sekali kerana suaminya gagal membimbing isterinya ke jalan lebih baik.

Mungkin juga gambar itu ketika zaman jahiliahnya dulu dan ada yang mengambil kesempatan menyebarkannya di Internet.

Kalau itulah situasinya, SS hanya tumpang simpati kerana memang biasa berlaku kawan yang bangga membuka aib orang dengan menyebarkan gambar itu.

sumber Metro Online

0 comments:

Post a Comment