Tuesday, November 2, 2010

Anak Sosilawati fail saman RM60 juta

Keluarga jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, memfailkan tuntutan saman gantirugi bernilai RM60 juta terhadap enam individu yang terbabit dalam pembunuhan wanita itu akhir Ogos lalu.

Tuntutan itu difailkan enam anaknya, Erni Dekritawati Yuliana Buhari, Erwan Suwari Rizuwan, Md Erwan Nasri, Erni Erinawati Sofia, Erni Rineelawati dan Siti Nur Fatimah.

Mereka menamakan enam individu iaitu empat tertuduh kes pembunuhan ibu mereka, bekas peguam, N Pathmanaban, R Kathavarayan, R Mathan dan T Thilaiyagan serta terhadap dua pesalah yang didapati melupuskan mayat Sosilawati serta tiga yang lain, K Sarawanan dan U Suresh.
Peguam Kamarudin Ahmad daripada Tetuan Kamarudin & Partners memfailkan tuntutan saman berkenaan di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada jam 8.45 pagi tadi.


Beliau yang ditemui selepas itu, berkata jumlah tuntutan itu menjadi RM60 juta daripada cadangan awal RM40 juta sebelum ini, selepas pihaknya dimaklumkan Sosilawati ada membuat perancangan untuk menyenaraikan syarikat kosmetiknya, Kumpulan Nouvelle Visages ke Bursa Malaysia, sebelum usahawan wanita itu dibunuh pada 30 Ogos lalu.

  Bagaimanapun, semua anak-anak Sosilawati tidak hadir atas alasan peribadi.
sumber metro

0 comments:

Post a Comment