Tuesday, November 30, 2010

Kes saman gambar bedah siasat Nurin Jazlin selesai di luar mahkamah

KUALA LUMPUR: Pihak-pihak yang terlibat dalam saman cuai yang dikemukakan oleh Jazimin Abdul Jalil, bapa Nurin Jazlin yang mati dibunuh, terhadap polis dan kerajaan, hari ini bersetuju menyelesaikan kes itu di luar mahkamah.
Hakim Mahkamah Tinggi, Harmindar Singh Dhaliwal merekodkan penyelesaian itu dalam kamarnya dengan kehadiran peguam Siti Natasha Basheer Hassan yang mewakili Jazimin, dan Peguam Kanan Persekutuan Zureen Elina Mohd Dom bagi defendan.

Sebelum ini, kedua-dua pihak melalui proses mediasi bagi menyelesaikan kes
itu di luar mahkamah.

Zureen Elina memberitahu pemberita bahawa plaintif telah menarik balik saman
terhadap keempat-empat defendan tanpa kebenaran memfailkannya semula, dan tidak
ada perintah mengenai kos.

kredit metro online

Saturday, November 27, 2010

SEREMBAN: Bagaikan babak drama apabila dua wanita warga Indonesia disyaki pelacur menangis teresak-esak sambil berpelukan sejurus dicekup pihak berkuasa yang menyerbu dua hotel bajet berasingan di sekitar Jalan Dato Bandar Tunggal, di sini, kelmarin.
Operasi khas hasil maklumat awam serta risikan itu dilakukan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman bermula kira-kira jam 6.30 petang.

Difahamkan, dalam serbuan itu seorang wanita warga Indonesia berusia lingkungan 20-an yang tersentak dengan kehadiran pihak berkuasa didapati cuba menahan kesedihan dengan wajahnya merah padam kerana dipercayai mahu menahan malu.

Bagaimanapun, sejurus dibawa menaiki trak polis, wanita berkenaan terus menangis teresak-esak sambil ditenangkan seorang rakan senegaranya yang turut memberikan reaksi sama sambil berpelukan.

Selain itu, ketika serbuan, seorang pelanggan berusia 20-an dikatakan tidak sempat melampias nafsunya apabila dicekup ketika melakukan hubungan ranjang dengan wanita asing di dalam sebuah bilik premis berkenaan.
BANTERAS...antara wanita warga asing yang ditahan dalam operasi, kelmarin

CEKUP...seorang pelacur menutup muka kerana tidak dapat menahan malu.

Jurucakap polis berkata, pihaknya menahan 12 wanita warga Indonesia berusia antara 20 hingga 30-an disyaki pelacur dalam serbuan di dua premis berasingan itu.

“Dalam serbuan pertama di sebuah hotel bajet, kami (polis) menahan tujuh wanita asing serta dua lelaki warga tempatan berusia lingkungan 40 hingga 50-an iaitu penjaga premis berkenaan dan empat pelanggan berusia 20-an.

“Kami kemudian menyerbu sebuah lagi hotel berdekatan dan menahan lima wanita warga negara sama. Selain dua pelanggan berusia 20-an, seorang lelaki dan wanita berusia 30 hingga 50-an turut ditahan kerana disyaki menjadi penjaga kepada wanita asing terbabit,’’ katanya.

Menurut jurucakap itu, hasil pemeriksaan lanjut pihaknya mendapati 11 wanita warga asing berkenaan memiliki dokumen perjalanan sah, namun menyalahgunakannya untuk kegiatan pelacuran, manakala seorang lagi langsung tidak mempunyai permit.

“Siasatan awal mendapati premis berkenaan beroperasi bermula kira-kira jam 12 tengah hari hingga jam 8 malam pada setiap hari dan sering menjadi tumpuan pelanggan berhidung belang sejak setahun lalu.

“Bayaran dikenakan untuk sekali perkhidmatan iaitu RM30 hingga RM40,” katanya yang turut merampas puluhan kondom untuk aktiviti tidak bermoral itu.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 372 A Kanun Keseksaan dan semua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban untuk tindakan lanjut.

kredit Metro Online

Saturday, November 13, 2010

KWSP beli bangunan RM750 juta di London

BANGUNAN pejabat di London yang kini dibeli KWSP.
Pelaburan di luar negara strategi pelbagaikan portfolio

KUMPULAN Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membuat pembelian sulung hartanah luar negara apabila memuktamadkan pembelian bangunan pejabat di kawasan premium London, bernilai lebih 150 juta pound (RM750 juta).

Sumber berkata, urus niaga yang dibuat pada bulan lalu itu membabitkan pembelian bangunan 1 Sheldon Square di Paddington, Westminster, kawasan tengah London.

Katanya, meskipun bangunan pejabat itu bukan berstatus hak milik kekal, KWSP, bagaimanapun berjaya memperoleh tempoh pajakan paling lama, justeru mampu meraih pulangan lumayan.
Pelaburan di luar negara itu antara strategi utama KWSP dalam mempelbagaikan portfolio pelaburannya bagi mengoptimumkan pulangan dan menambah baik profil risiko pelaburannya.

London dipilih KWSP sebagai destinasi pelaburan pertama disebabkan pasaran hartanahnya yang stabil selain asetnya yang mudah dijual bagi mendapatkan tunai, katanya pada Berita Harian ketika dihubungi di Kuala Lumpur, semalam.
                             
Sumber menjelaskan, pembelian menerusi tender terbuka itu dilaksanakan menerusi ING Real Estate Investment and Management dan RREEF, bahagian pengurusan hartanah Deutsche Bank yang dilantik sebagai perunding dan penasihat bagi urus niaga berkenaan.

1 Sheldon Square, sebelum ini dimiliki oleh Aviva Investors, Invista Real Estate Investment Management, Henderseon Global Investors dan Liquid Realty Partners.
Bangunan berkeluasan 193,000 kaki persegi itu, kini menempatkan ibu pejabat firma gergasi kredit kad, Visa dan ia dijangka akan memberikan pulangan kepada KWSP sehingga enam peratus.

Katanya, agensi pengurusan dana pencen terbesar Malaysia itu juga kini sedang menimbang untuk melaksanakan satu lagi urus niaga hartanah membabitkan pembelian bangunan pejabat di Portman, utara Oxford Street.

Pembelian yang dijangka membabitkan nilai 181 juta pound (RM905 juta) itu akan menyaksikan KWSP bakal memiliki bangunan yang dikenali sebagai 40 Portman Square yang berstatus pegangan bebas.

Setakat ini Kementerian Kewangan memberi kelulusan kepada pengurus dana pencen itu untuk melabur kira-kira AS$10 bilion (RM32.25 bilion) di luar negara, iaitu daripada jumlah itu kira-kira AS$6 bilion (RM19.35 bilion) sudah dilaburkan.

Friday, November 12, 2010

selamat hari raya korban

salam...buat pengetahuan semua ,kita akan meraikan hari raya korban dalam beberapa hari saja lagi,macam mana persiapan hari raya korban ni..tak meriah ya.tapi kat sebelah pantai timur meriah berbanding hari raya puasa.ada apply cuti tak..hahah,bro cuti lima hari sempena raya korban ni,adik beradik bro ada yang nak buat korban jadi kenalah balik kampung.pada yang nak balik jauh tu..berhati-hatilah ketia memandu jangan memandu ikut nafsu..ikut peraturan jalan raya .nanti tak sempat nak balik kampung...

p/s: selamat bercuti panjang lagi...hehe.

Ragut kembali lagi...peragut tinggal helmet.

KUALA LUMPUR: Pinggang dan belakang seorang gadis dirodok empat kali dengan pisau selepas dia cuba mempertahankan beg tangannya daripada diragut dua lelaki bermotosikal ketika berjalan bersama rakannya di Taman Sri Sentosa, Jalan Klang Lama di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, mangsa, Tsu Ai Ling, 19, terbaring berlumuran darah sebelum dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan kecemasan akibat kecederaan serius pada buah pinggang.

Rakannya Mei Ching, 17, berkata ketika kejadian, dia dan Ai Ling berjalan di bahu jalan berhampiran jejantas di tempat kejadian apabila dihampiri dua lelaki menunggang sebuah motosikal.
Katanya, lelaki yang membonceng motosikal merentap beg tangan dipegang rakannya itu.

“Bagaimanapun, Ai Ling bertindak berani dengan melawan dan cuba menghalang beg tangannya daripada diragut menyebabkan berlaku tarik-menarik.

“Ketika itu lelaki terbabit membuka topi keledar sebelum memukul Ai Ling berulang kali,” katanya Menurutnya, lelaki terbabit yang masih gagal mendapatkan beg tangan rakannya itu mengeluarkan sebilah pisau sebelum menikam pinggang rakannya itu empat kali.

unit polis forensik mencari cap jari pada helmet yang ditinggal peragut
“Tindakan itu menyebabkan rakan saya menjerit kesakitan sebelum melepaskan beg tangannya. Darah ketika itu banyak keluar.

“Lelaki terbabit kelam-kabut memecut melarikan diri dengan meninggalkan topi keledar dan pisau yang digunakan menikam rakan saya,” katanya.
kesan darah mangsa yang ditikam peragut
Menurutnya, orang ramai yang menyedari kejadian itu menghubungi ambulans sebelum Ai Ling dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Dia yang terkejut dan ketakutan ketika menyaksikan kejadian itu gagal mengecam atau mengingati nombor pendaftaran motosikal ditunggangi dua lelaki terbabit. “Saya tidak sangka lelaki itu bertindak kejam dan berniat mahu membunuh rakan saya hanya kerana gagal mendapatkan beg tangan yang berisi wang antara RM60 hingga RM70,” katanya ketika ditemui di PPUM, semalam.

Difahamkan, mangsa ditikam dua kali di buah pinggang kiri dan satu tikaman pada sebelah kanan serta belakangnya.

Mangsa dilaporkan masih dalam keadaan kritikal dan terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan.

Sementara itu, sepasukan anggota Unit Polis Forensik Kuala Lumpur bergegas ke tempat kejadian untuk melakukan siasatan.

Anggota forensik cuba mengesan kesan tinggalan cap jari pada dua topi keledar milik suspek selain pisau yang ditinggalkan di tempat kejadian.

Ketua Polis Brickfields, Asisten Komisioner Wan Bari Wan Abdul Khalid yang dihubungi mengesahkan berhubung kejadian ragut bersenjata itu sambil menyifatkan perbuatan itu keterlaluan.

Menurutnya, polis kini memburu kedua-dua suspek selain akan mengambil keterangan mangsa sebaik mangsa pulih.

“Saya meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian itu atau mempunyai sebarang maklumat supaya menghubungi balai polis berhampiran untuk membantu siasatan,” katanya.

SUMBER METRO ONLINE

nak blackberry ni...kengkawan nak tak.

Haha..bro teringin sangat nak blackberry ni sapalah nak bagi..kalaulah percuma alangkah seronoknya tak terhingga..kalau dapat percuma bro nak heboh satu kampung,yang bro dapat handphone percuma.
Surf SMART - Internet Unlimited untuk rencana bulanan hanya RM 68Call SMART - Tidak ada minimum penggunaan panggilanSimpan SMART - rebate 100% pada rancangan Unlimited Internet (syarat & ketentuan berlaku)Jelajah SMART - Unlimited data roaming selama 36 RM hanya sehari

Thursday, November 11, 2010

Nampak black dengan kekasih kcs

awek nilah yang mengajar kt sebelah opis bro
haha...bukan nak reka cerita ataupun apa.tapi memang kenyataan..lebih kurang pukul 12.30 tengahari black datang dengan menaiki honda prelude berwarna hitam...dengan memakai baju hitam turun dengan dari keta disambut oleh seorang perempuan,maybe dia orang makan kat bangi kopitiam taman putra sulaiman..perghh...siap pegang2 tangan lagi.comfirmlah tulah kekasih black..bro bukan apa.perempuan tu mengajar disebelah office bro...memang hari2 nampak.patutlah bila kita orang satu office tegur bukan main menyombong,rupa2nya boyfriend artis.bukan apa,bila duk sebelah office kenalah bertegur sapa..bukan nak ngurat pun..haha.bro rasa makwe black ni orang utara memandangkan kereta personanya plat kedah..tapi bro respectlah dengan black...masih sempat angkat tangan lagi dengan kita orang ,bila kita orang menjeling2...hihi.

Wednesday, November 10, 2010

Bawa motor tapi takut kena saman...siap nangis lagi.

PETALING JAYA: Sikap ambil mudah mahu mengambil anak di sekolah tanpa memakai topi keledar menyebabkan seorang wanita bukan sahaja ditahan polis, malah terpaksa berjalan pulang ke rumahnya yang terletak berdekatan akibat tidak membawa lesen memandu dan kad pengenalan.
Selepas beberapa minit kemudian, wanita terbabit tiba semula sambil menangis kerana takut disaman polis. Itu antara gelagat pengguna yang dapat dirakam ketika Ops Motosikal yang dilakukan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, di sini, semalam.

Dalam operasi itu, 26 saman dikeluarkan kepada penunggang dan pembonceng motosikal atas pelbagai kesalahan.
Operasi yang diadakan di Kota Damansara, di sini, tertumpu di kawasan perumahan dan sekolah selepas polis menerima banyak aduan berhubung sikap penunggang motosikal yang tidak memakai topi keledar dan membawa pembonceng secara berlebihan.
kerats saman pakcik google

Pegawai Turus Trafik IPK Selangor, Asisten Superintendan Hambazi Abd Rahman, berkata operasi selama dua jam yang bermula kira-kira jam 12 tengah hari itu mendapati ramai penunggang motosikal tidak memakai topi keledar.

Metro Online..

Mangsa banjir perlu bantuan segera pulihkan kediaman dan peralatan

ALOR SETAR: Ramai mangsa banjir di daerah Kota Setar tidak dapat menyelamatkan hampir keseluruhan barangan di rumah mereka akibat banjir besar yang melanda negeri ini sejak 1 November lalu.
Seorang penduduk Kampung Suka Menanti dekat sini, Shuib Shaari, 68, berkata sewaktu kejadian dia tidak dapat menyelamatkan hampir kesemua perabot dan barangan elektrik ekoran air naik dengan mendadak.

Apa yang dia harapkan agar ada pihak yang sudi tampil, terutamanya kerajaan negeri, bagi membantu dalam usaha memulihkan penduduk di kawasan yang terjejas banjir kembali normal seperti sediakala.
"Terlalu banyak barangan yang rosak dan memerlukan banyak wang untuk membeli segala peralatan rumah yang tidak boleh digunakan lagi.

"Saya berharap pihak bertanggungjawab sudi tampil bagi membantu memulihkan keadaan rumah yang dilanda banjir," katanya.

Shuib yang bekerja sebagai pengawal keselamatan berkata memandangkan pendapatannya sekitar RM500 sebulan mustahil baginya untuk membeli kembali segala barangan yang rosak dan tidak boleh digunakan lagi.
Sementara itu, Zaiton Abdullah, 55, berkata dia amat memerlukan bantuan daripada pihak bertanggungjawab agar menyumbang peralatan rumah seperti kelengakapan dapur dan peralatan persekolahan dua cucunya yang rosak.

Ia bagi membolehkan mereka dapat meneruskan sesi pembelajaran seperti biasa dan bersedia untuk sesi persekolahan yang akan datang.

Tuesday, November 9, 2010

Follower 555 dicari....


contez sempoi kembali lagi...untuk follower ke 555 topup rm30,contez bulanan berjalan seperti biasa sehingga diumumkan jika berlaku sebarang perubahan..jika berminat nak menulis diblog ini tidak kira apa2 cerita kecuali copy & paste saja dilarang,melainkan ada kebenaran dari penulis asal.saya alukan untuk semua yang berminat bersama saya di TATKALA AKU BERBICARA sebagai penulis jemputan.sebarang pertanyaan atau cadangan ..boleh terus komen disini.terima kasih...

dah glamour jadi anak seni hisap dadah pulak...

Malu wajahnya dirakam media, pelakon lelaki dan tunangnya yang dibebaskan semalam selepas dua hari ditahan kerana kes dadah sanggup menyembunyikan diri di dalam bangunan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, di sini, selama lima jam.

Pelakon berusia 30 tahun itu yang membintangi beberapa drama dan filem antaranya Evolusi KL Drift, ditahan bersama tunangnya yang berusia 24 tahun kira-kira jam 8 malam Jumaat lalu di sebuah stesen minyak berhampiran Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2).

Kedua-dua mereka direman dua hari selepas ujian air kencing mendapati mereka positif dadah jenis Methamphetamine.

Mereka yang direman sehingga semalam, dibebaskan dengan jaminan polis selepas siasatan dan keterangannya bersama tunangnya dirakamkan.

Difahamkan, proses pembebasan pelakon dan tunangnya itu selesai kira-kira jam 12 tengah hari, namun seorang saudara pelakon terbabit yang datang untuk menjemput mereka menyedari kehadiran wartawan dan jurugambar lantas memberitahu pelakon itu sehingga menyebabkan dia enggan keluar dari sebuah bilik dipercayai di tingkat tiga bangunan IPD berkenaan.

Berikutan itu, petugas media yang menunggu di IPD berkenaan sejak jam 12 tengah hari gagal merakam kelibat pelakon terbabit dan beredar pada jam 4 petang.

Difahamkan, pasangan terbabit akhirnya keluar dan meninggalkan kawasan IPD itu pada kira-kira jam 5 petang selepas mendapati keadaan sudah ‘selamat’ untuk mereka keluar.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintendan Amiruddin Jamaluddin, berkata tempoh tahanan reman pasangan terbabit berakhir pagi semalam dan mereka dibebaskan selepas semua proses dokumentasi selesai.

Beliau berkata, pihaknya selesai menjalankan siasatan terhadap kedua-dua suspek yang direman itu dan keterangan mereka juga sudah direkodkan.

“Kedua-duanya dibebaskan pagi tadi (semalam) dengan jaminan polis, namun mereka enggan keluar kerana mengetahui kehadiran pihak media. Kami tidak boleh memaksa mereka supaya beredar kerana itu hak mereka,” katanya.

sumber metro online

Monday, November 8, 2010

Akhirnya kini tiada lagi..

Memang benar....sudah tiada lagi,apa nak dikenangkan kalau orang tak sudi,haha...biarlah mereka dan labu-labunya itu.biarkan aku sendirian,jangan paksa aku untuk mencintai kau..haha.pergilahlah masih ramai lagi yang memerlukan khidmat kau diluar sana.cukuplah kau sahabat dulu..jangan ikut ku lagi.biarlah diri ini tenang buat seketika..yang pergi tetap akan kembali,tapi masa mungkin tidak mengizinkan kita untuk terus bersama seperti dulu,hahah...aku akan kembali jika semuanya bersedia,selamat tinggal dunia alam maya yang terus dengan pergolakan bermacam ilusi mainan hati dan perasaan..hanya yang memahami aliran kehidupan dalam hati seorang insan bernama Natural self ...selamat tinggal dunia mainanku FACEBOOK.

Sunday, November 7, 2010

Gadis domestik antarabangsa...woww

SEKILAS pandang, imej dan personaliti yang diperdagangkan bintang jelita, Mizz Nina tidak lari daripada pesona antarabangsa. Malah, pernah sekali kehadirannya disangka bukan anak tempatan.
Namun tatkala si empunya nama sebenar, Shazrina Azman ini disarungkan baju kurung, solekan klasik lengkap dengan rambut bersanggul kemas, refleksi kemelayuan padanya terserlah.
Sampuk gadis metropolitan berusia 30 tahun ini mencelah perbualan pendandan wajah, Bosco dan pereka busana petang itu, Wanpa di Restoran Istana Bambu jauh di hujung kota, Mizz Nina tidak henti-henti memuji sisi Melayunya.

"Saya memang anak Melayu yang sukakan sambal belacan!" selorohnya.
Buang jauh panggilan komersial padanya, melodi nyanyian serta penampilan yang sering digayakan kerana semuanya memang mencerminkan minatnya yang terlalu mendalam pada muzik bercorak antarabangsa.
Hakikat yang lama tersembunyi, gadis peramah ini kelakar, mesra dan sangat rendah diri. Masih fasih bercanda dengan bahasa ibundanya, Mizz Nina akur dengan persepsi kononnya dia 'minah urban'!

Andai sukar dikikis pandangan skeptikal sebegitu, tiada apa yang boleh dilakukan. Cuma kata bintang kelahiran Kuala Lumpur ini, usah meletak label kononnya dia terjerat dengan budaya Barat.

"Bukan baru semalam saya terusik dengan persepsi ini, sebaliknya sejak awal lagi saya menyertai kumpulan Teh Tarik Crew, ramai peminat atau mata sekeliling menganggap kononnya Mizz Nina penuh kebaratan. Tidak lagi bertanya atau cuba mendekati, pandangan seumpama itu terus dilempar, sedangkan kebenarannya belum pasti.

"Lihat pada penampilan dan konsep nyanyian selama ini, tidak saya nafikan pastinya peminat akan menyangka sebegitu. Namun hakikat sebenar, Mizz Nina gadis Melayu yang masih penuh dengan nilai budaya asalnya.

"Saya dibesarkan dalam keluarga Melayu. Cuma apabila ia bersangkut pada soal minat dalam lapangan nyanyian, saya akui muzik sentuhan antarabangsa lebih dijadikan pilihan serta rujukan.

"Biasalah penyanyi muda wanita yang menyanyikan lagu Inggeris memang kurang di Malaysia dan saya pula lahir daripada sebuah kumpulan yang memperjuangkan muzik hip hop.

"Kemudian lahir dengan naskhah yang ternyata penuh unsur kebaratan, justeru pandangan itu terus melekat dan kekal di situ. Namun saya tidak kisah dan merasa selesa kerana sangkaan itu hanya berpaksi pada kerjaya semata-mata, bukan pada peribadi diri.

"Mizz Nina memang lancar berbahasa Inggeris dan gemar memperagakan pakaian yang tampak ranggi namun di sebalik semua itu, dia masih gadis Melayu yang sayangkan budayanya.

"Bukan saja gemar masakan Melayu, saya juga suka makan dengan menggunakan tangan," jelas puteri bongsu kepada Pengerusi Kumpulan AmBank, Tan Sri Azman Hashim ini.

Lain rasa agaknya membesar dalam sebuah keluarga mewah yang menjadikan bahasa Inggeris sebagai amalan harian. Namun peliknya, sepanjang bersembang dengan gadis yang juga graduan Pengajian Media dan Perhubungan Awam di sebuah universiti di Australia ini, tidak sekali pun hadir rasa janggal atau kekok. Sebaliknya, Mizz Nina bijak menyusun kata dalam intonasi yang rendah diri.

"Tiada apa bezanya membesar dalam keluarga yang senang kerana keutamaannya masih pada budi pekerti dan nilai positif yang ada pada seseorang individu itu. Itu yang akan membezakan kita. Perkara sama juga ditekankan keluarga sejak kecil.

"Justeru, tuah itu hanya nampak kerana cara hidup yang mungkin senang, namun hakikatnya budaya dalam proses pembesaran adalah sama, mengikut cara Melayu dan Islam," katanya.

Tiada angin bertiup kencang, industri muzik bergegar baru-baru ini apabila nama Mizz Nina dikatakan terbabit dalam persembahan untuk sebuah konsert yang ditaja syarikat minuman keras.

Tidak mahu terus menembak, namun ramai pula menjadi skeptikal kononnya menyifatkan tiada apa yang pelik pada Mizz Nina dengan konsep persembahan sebegitu.

Lantas, peluang bertentang mata ini, gadis 'menang pakai' ini mencuri ruang menguraikan mana yang terpintal kuat.

"Saya mengaku ada membuat persembahan seperti didakwa atas undangan pihak penganjur. Memang konsert itu ditaja sebuah jenama minuman alkohol dan disertai banyak nama bintang antarabangsa lain.

"Namun kenapa perlu menjadi sempit dan terus menjatuhkan hukum tanpa melihat perspektif lainnya. Jika hina sangat seorang bintang tempatan berbangsa Melayu membabitkan diri dalam sebuah konsep persembahan besar begitu, kenapa tidak kita haramkan terus siri persembahan itu di negara kita?

"Saya hadir sebagai penyanyi dan ditemani tiga pembantu yang juga beragama Islam. Saya ke sana untuk menyanyi dan mencuri seberapa banyak mungkin pengalaman berguna.

"Peluang berkongsi pentas dengan ramai penyanyi dunia bukan mudah. Di sebalik jenama penaja, saya hanya meletak fokus kepada peluang yang diberi.

"Lihat pada imej dan konsep nyanyian, tidak dinafikan ada pihak melempar dakwaan yang memang melangkaui imaginasi sendiri.

"Namun ingin saya tekankan, saya tidak pernah mengusik minuman itu dan tidak pernah pula terfikir akan melangkah jauh dari nilai budaya dan agama.

"Gadis Timur seperti saya masih tahu mana yang baik dan mana pula yang haram," akurnya sulit untuk memuaskan hati semua pihak.

Sejurus nama vokalis kumpulan Hujan, Noh pula terpacul dalam sesi sembang petang ini, ia meringankan sedikit rasa resah dan rungutan di jelita ini.

Namun meleret senyuman yang zahir pada wajahnya tidak bermakna menyembunyikan satu rasa bahagia di dalam jiwanya. Perlahan-lahan, Mizz Nina memujuk supaya tidak lagi menjadikan Noh sebagai subjek sinonim padanya.

"Kami berdua hanya kawan rapat dan hingga kini masih berkawan. Semuanya atas urusan kerja dan selebihnya kami banyak berkongsi cerita dan bertukar-tukar pandangan dalam menguatkan empayar kerjaya masing-masing.

"Tidak pernah saya mengakui akan hubungan istimewa terjalin antara kami, namun banyak pula pihak meletakkan frasa itu, seolah-olah ia sudah rasmi.

"Noh hanya teman dan laluan hidup kami masih jauh. Saya punya cita-cita dan masa depan yang perlu dikejar. Justeru, mustahil soal cinta pula yang saya ketengahkan. Biar masa menentukan hubungan kami," katanya yang sibuk mengumpul material baru untuk album solo keduanya selewat-lewatnya akhir tahun depan.

Lebih lima tahun nama Teh Tarik Crew terkubur. Hilang entah ke mana meskipun pernah memiliki tiga album, termasuk sebuah mini album. Tempiasnya, nama Mizz Nina turut tenggelam sama.

Bagaimanapun, kelibat penyanyi yang juga pemilik syarikat Mizz Nina & Co ini muncul kembali membawa satu fenomena yang sukar diendahkan. Album What You Waiting For menjadi pemangkin baru buatnya untuk terus menyelinap masuk ke pentas komersial tempatan kali keduanya.

Album 14 lagu yang berada di pasaran ini menampilkan bintang Amerika Syarikat, Colby O'Donis untuk berduet dengannya menerusi single pertama, What You Waiting For.

Muziknya berbeza, setiap satu elemen yang menghidupkan melodi kedengaran padat. Tiada rasa longgar dan kurang, Mizz Nina yakin album yang turut mendapat kerjasama terbitan daripada Uno dan Aj dari Pop Shuvit, Noh (Hujan), DJ Fuzz selain penerbit antarabangsa Sakke dari Belanda dan Koolade (Croatia).

Kolaborasi Mizz Nina dengan pencipta lagu pelbagai negara, lantas menyerlahkan nuansa muzik standard antarabangsa.

"Setahun lamanya saya menyiapkan album ini dan proses rakamannya dilakukan di Kuala Lumpur dan Los Angeles bagi mendapatkan rasa yang benar-benar menepati piawaian selera saya selaku penyanyi.

"Saya yakin, sekarang masa sesuai untuk muncul dengan album solo ini kerana saya bersedia untuk kembali mewarnai dunia seni suara.

"Setiap lagunya menceritakan pengalaman kehidupan yang sangat peribadi. Ia refleksi kisah cinta sesama manusia, cinta sesama manusia dan kuasa wanita seperti dalam lagu Srikandi bersama Mawar Berduri (Ahli Fiqir)," katanya.
 Sumber Metro online

Ada sapa berani...jom follow.

ni moto bro bila dah pencen

colour asal pearl
haha...sapa berani kita rempit sama2,tu 12 tahun dahulu bolehlah kalau nak g merempit,tapi sekarang umur dah meningkat bila nak tunggang motor laju jer...meremang terus bulu roma ni.kalau dulu jgn kata selekoh kambing,ulu yam,selekoh 3 beradik sungai buloh,kat bukit putus pun bro layan...single rider,haha...kalau tak jejak jalan jangan panggil bro.bukan nak membangga diri dengan merempit..tapi nak jadikan tauladan pada yg muda2 sekarang ni jauhilah segala benda yang tak mendatangkan hasil tu.jatuh bangun bro sebagai mat rempit...tak semua kawan2 kampung tahu.yelah bukan jaguh kampung...kira kalau tunggang motor kat kampung tu langgar katak pun hidup lagi.punyalah berkhemah....luar kawasan kampung baru tunjuk belang sikit,hehe..tapi tu semua dah jadi kenangan bro buat selamanya.bro sampai sekarang masih menggunakan motor kemana jugak,meh tengok dah empat tahun honda 125 ni bersama bro.

Saturday, November 6, 2010

Pemandu van maut rempuh dua ekor kerbau di Ipoh

IPOH: Seorang lelaki terbunuh selepas van yang dipandunya merempuh dua ekor kerbau yang sedang melintas jalan di Jalan Ipoh-Lumut dekat Falim, awal pagi ini.
Ketua Polis Trafik Daerah Ipoh, Deputi Superintendan Mohd Rodzi Rejab berkata, mangsa yang terbunuh dalam kejadian jam 3.45 pagi itu ialah Kho Hon Leong, 25, berasal dari Canning Garden di sini.

Mangsa yang mengalami cedera parah di kepala meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya di hantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat, katanya ketika di hubungi hari ini.
Rodzi berkata, ketika kejadian, mangsa yang memandu sendirian dalam perjalanan dari Ipoh ke Lumut dikatakan gagal mengawal vannya lalu merempuh dua ekor kerbau yang tiba-tiba melintas jalan.

Akibat kejadian itu, kereta mangsa turut terbabas dan merempuh sebatang pokok di tepi jalan, katanya.

Sebelum itu, tiga lelaki turut mengalami kecederaan selepas kereta yang dinaiki mereka merempuh seekor kerbau yang melintas jalan di Jalan Ipoh-Lumut dekat Tronoh. Bagaimanapun dalam kejadian pada pukul 12.40 tengah malam tadi, ketiga-tiga mangsa hanya cedera ringan, katanya.-- Bernama

Friday, November 5, 2010

minat menulis,berkarya,puisi atau sebagainya...

saya selaku admin diblog ni ingin mencari penulis,jika anda minat menulis....berkarya,puisi atau apa saja bidang penulisan.saya ingin menjemput mereka yang sudi berkongsi artikel ke blog saya, kesudiaan anda amat dialukan...sedikit sebanyak boleh menaikkan traffic sesama kita.pada yang suka menulis tu..jangan lepaskan peluang ni...kerana anda jugak akan dibayar oleh saya.bukan sekadar menulis percuma...tapi dibayar.dibayar melalui topup...bergantung pada entri.pada yang berminat terutama student ,boleh emailkan permohonan anda ke ujang591@gmail.com, serta nama penuh,alamat,no phone...


                            syarat2sempoi
                   0) dah mendaftar diblog,worpress or sebagainya lebih kurang 6 bulan.
                   1) umur18 tahun ke atas
                   2) artikel original dari anda & bukan copy paste
                   3) hak milik penulisan diblog
                   4) anda akan dibayar dengan credit topup
                   5) boleh tingkat link sesama bloggger
                   6) kredit setiap hujung bulan...

harga rokok naik lagi RM5.....

Ha....amacam percaya atau tidak bagi perokok2 tegar.berhentilah merokok..ini kerana rokok akan dinaikan lagi dalam masa terdekat.masih mahu merokok lagi ke kalau rokok naik..lebih baik berhenti tiada faedahnya,hehe....daripaada beli rokok tu lebih baik belanja bro makan lagi bagus.lagipun rokok ni dah banyak bagi kesan negatif pada remaja2 sekarang ni.tidak kira lelaki atau perempuan mesti ada yang mencuba..pada yang baru mencuba tu,hentikanlah sekarang.

                                                                                                                                                                                    

                                                  p/s:rokok naik bila bro yang jual..haha.

teringat pulak ,dulu kena hambat keliling kampung...

nilah ayah bro bersama mak tiri bro
pagi-pagi ni,rutin harian bro bila cuti ni...biasalah bw kat blog kengkawan.sambil2 tu jenguk jgk facebook adik beradik bro ni..punya hayal tengok gambar2 yang dia orang upload tu.. ternampak pulak lelaki yang ensem ni  semasa dulu..hehe,gambar ayah bro bersama mak tiri bro..ni isteri ketiga ayah bro..

Berbogel di kamera web ...mesti baca

SAYA berusia 37 tahun dan berasal dari utara tanah air. Saya berkahwin enam tahun lalu dan ada seorang anak lelaki. Perkahwinan kami bahagia hinggalah Mac lalu apabila saya dapati isteri selalu berbalas SMS dan bersembang di laman sosial (chatting) hingga larut malam.

Pada satu malam setelah isteri tidur, saya memeriksa kandungan SMSnya dan terkejut kerana ada SMS daripada lelaki yang mengandungi ayat dan perkataan berbaur cinta. Saya memarahi isteri dan bertanyakan sejauh manakah hubungan mereka.


Isteri saya mengatakan mereka cuma berhubung melalui SMS dan telefon. Setelah saya menceritakan perkara berkenaan kepada ibunya, isteri saya tidak lagi melakukan perkara itu dan berjanji tidak akan mengulanginya.

Dua minggu lalu, isteri meminta kebenaran untuk menggunakan komputer riba saya dan membaca e-mel yang sudah lama tidak dibuka.


Dia memberitahu saya kawannya menghantar sesuatu menerusi e-mel tetapi setelah memuat turun, dia tidak tahu ke mana bahan itu disimpan.


Dengan kuasa Allah, saya menjumpai apa yang didakwa isteri saya dihantar oleh ‘kawannya’. Hampir pengsan saya dibuatnya kerana yang dihantar adalah gambar seorang wanita menyelak bajunya dan mendedahkan buah dada.

Walaupun gambar itu dari paras leher ke pinggang (kerana gambar diambil dengan kamera web pada komputer riba), saya dapat mengagak itu adalah isteri saya berdasarkan rantai tangan dan rantai leher dipakainya.


Baju singlet yang dipakai juga kepunyaan isteri saya. Oleh kerana tidak boleh berdalih lagi, isteri saya mengaku itu gambar dia, tetapi dia mendakwa tidak menyelak bajunya ketika ‘chatting’.


E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

SAYA berusia 37 tahun dan berasal dari utara tanah air. Saya berkahwin enam tahun lalu dan ada seorang anak lelaki. Perkahwinan kami bahagia hinggalah Mac lalu apabila saya dapati isteri selalu berbalas SMS dan bersembang di laman sosial (chatting) hingga larut malam.

Pada satu malam setelah isteri tidur, saya memeriksa kandungan SMSnya dan terkejut kerana ada SMS daripada lelaki yang mengandungi ayat dan perkataan berbaur cinta. Saya memarahi isteri dan bertanyakan sejauh manakah hubungan mereka.


Isteri saya mengatakan mereka cuma berhubung melalui SMS dan telefon. Setelah saya menceritakan perkara berkenaan kepada ibunya, isteri saya tidak lagi melakukan perkara itu dan berjanji tidak akan mengulanginya.

Dua minggu lalu, isteri meminta kebenaran untuk menggunakan komputer riba saya dan membaca e-mel yang sudah lama tidak dibuka.


Dia memberitahu saya kawannya menghantar sesuatu menerusi e-mel tetapi setelah memuat turun, dia tidak tahu ke mana bahan itu disimpan.


Dengan kuasa Allah, saya menjumpai apa yang didakwa isteri saya dihantar oleh ‘kawannya’. Hampir pengsan saya dibuatnya kerana yang dihantar adalah gambar seorang wanita menyelak bajunya dan mendedahkan buah dada.

Walaupun gambar itu dari paras leher ke pinggang (kerana gambar diambil dengan kamera web pada komputer riba), saya dapat mengagak itu adalah isteri saya berdasarkan rantai tangan dan rantai leher dipakainya.


Baju singlet yang dipakai juga kepunyaan isteri saya. Oleh kerana tidak boleh berdalih lagi, isteri saya mengaku itu gambar dia, tetapi dia mendakwa tidak menyelak bajunya ketika ‘chatting’.

Oleh kerana terlalu marah, esoknya saya mencari lagi di dalam komputer dan terjumpa empat keping lagi gambar yang amat mengaibkan, di mana gambar isteri saya berbogel di depan kamera web dan orang yang bersembang dengannya mengambil gambarnya tanpa pengetahuannya.


Saya memarahinya dan mengugut akan meninggalkannya. Dia menangis dan meminta ampun dan maaf serta berjanji tidak akan mengulanginya.


Dia juga mengatakan perkara itu sudah lama berlalu iaitu kira-kira tujuh bulan lalu dan dia tidak pernah berjumpa lelaki berkenaan.


Oleh kerana teramat marah, saya meminta kata laluan e-melnya dan membuat pemeriksaan esoknya di tempat kerja.


Hampir pengsan dibuatnya kerana saya menjumpai 10 keping lagi gambar isteri saya bersama seorang lelaki di dalam kereta dalam keadaan berpelukan dan bercium pipi.


Apabila pulang ke rumah pada petangnya, saya hilang sabar dan sekali lagi saya menunjukkan gambar berkenaan dan memberitahu isteri, saya sudah tawar hati kepadanya. Saya sangat kecewa dan marah apabila dipermainkan oleh isteri saya yang berlagak baik selama ini.


Saya menceritakan perkara itu kepada adik ipar saya dan dia menyampaikan kepada ibu mentua saya. Ibu mentua memujuk dan merayu saya supaya memaafkan dan melupakan apa yang terjadi serta tidak memanjangkan perkara itu. Isteri saya juga memujuk dan berjanji kepada saya dia tidak akan mengulangi perkara itu.


Saya sangat kecewa dengan apa yang berlaku dan berhasrat meninggalkan isteri saya, tetapi bila mengingatkan anak lelaki kami yang baru berumur empat tahun, saya tidak sampai hati. Apa patut saya buat? Saya buntu dan tertekan dengan apa yang berlaku.

INSAN KECEWA
Kedah

Isteri anda tidak memenuhi kriteria mengikut Islam dan perkara yang dilakukan membuatkan anda menjadi suami dayus.


Perkara yang dilakukan adalah keterlaluan dan anda perlu bertegas dalam menangani hal ini.


Maruah anda sebagai suami sudah tercalar dengan tindakan isteri dan seharusnya tidak mudah tunduk dengan deraian airmatanya.


Rumah tangga akan hancur jika pasangan suami isteri mengabaikan tanggungjawabnya. Dengan mengamalkan prinsip agama dengan betul, akan wujud keluarga bahagia yang juga tahap pertama pembentukan masyarakat Islam.


Berdasarkan penceritaan, isteri saudara jelas melanggar kewajipan yang digariskan dalam Islam bagi seorang isteri. Bagi Dang Setia, saudara mempunyai dua pilihan sama ada meneruskan hubungan itu demi anak atau menceraikannya.


Jika saudara berhasrat meneruskan hubungan itu, beri tempoh tertentu kepada isteri untuk memperbaiki dirinya dan pada masa sama bimbing dia ke arah kebenaran seperti dituntut agama.


Insya-Allah, jika dia benar- benar insaf di atas kesalahannya, dia pasti berusaha untuk berubah kerana seolah- olah diberi ‘nyawa’ kedua oleh saudara.


Kesalahan jelas dilakukan isteri tapi saudara, sebagai suami bertanggungjawab, mungkin boleh mencari sebab atau punca isteri berbuat demikian.


Mungkin dia berbuat begitu kerana kebosanan disebabkan saudara kurang memperuntukkan masa kepada keluarga dek kesibukan bekerja.


Dalam Islam, suami juga ada kewajipannya bagi memastikan kebahagiaan rumah tangga. Selain mendoakan kebahagiaan buat saudara sekeluarga, Dang Setia berharap saudara mencuba amalan berikut:
# Suami adalah ketua keluarga, pelindung isteri dan anak. Sebagai pelindung keluarga dan ketua unit masyarakat yang kecil ini, suami berkewajipan mengawal, membimbing, menentukan tugas, berusaha mencari keperluan hidup keluarga dan berusaha menyediakan faktor kebahagiaan dan keselamatan keluarganya
# Dia wajib menyediakan kediaman, pakaian dan makan minum keluarga. Dia wajib mengajar anak isterinya hukum agama. Kalau tidak mampu mengajar sendiri, dia wajib menanggung biayanya. Dalam hal ini suami yang bijak awal-awal lagi akan memilih isteri beragama. Dengan itu dapat meringankan beban dan kewajipannya mengajar agama kepada isterinya. Isteri yang beragama itu pasti dapat bekerjasama mendidik anak dalam kehidupan beragama
# Pentadbiran suami di dalam rumah tangga hendaklah berdasarkan rahmah (kasihan belas) berakhlak dan contoh baik. la bertanggungjawab di depan Allah SWT terhadap keluarganya. Bersikap baik dan adil di dalam mengendalikan rumah tangga adalah penting. Rasulullah SAW menasihatkan orang baik ialah orang yang baik kepada ahli rumahnya
# Suami hendaklah mengasuh isteri dengan baik. Rasulullah SAW menyifatkan wanita sebagai amanah Allah SWT. Amanah itu hendaklah dijaga dengan cermat. Misalnya jika kita diamanahkan sesuatu barang dan barang itu rosak di tangan kita, tentu ia akan membabitkan nama baik kita. Sebab itu Rasulullah SAW berpesan supaya bersikap baik terhadap wanita dan sentiasa memesan mereka supaya berkelakuan baik Berdasarkan kewajipan suami isteri yang ditetapkan Islam, kita dapat melihat perkahwinan itu hanya digalakkan bagi mereka yang sanggup menunaikan tanggungjawab. Apabila berkahwin, menunaikan tanggungjawab kepada keluarga adalah wajib, sama ada suami atau isteri.


Dang Setia bukan ahli nujum yang boleh meramalkan pilihan terbaik untuk masa depan saudara, tapi cuba pendekatan di atas sebaik mungkin, insya-Allah rumah tangga saudara boleh diselamatkan demi anak tercinta.

Bimbingan Metro Online

Thursday, November 4, 2010

Tak sempat lepas rindu

ALOR SETAR: “Saya pelik kerana arwah menghubungi saya pagi tadi (semalam), memberitahu dia tidak mahu kerja esok (hari ini), sedangkan dia sihat,” kata Azharuddin Che Nut, 30, suami Nurul Fitri Mohamad, 30, yang maut selepas pacuan empat roda polis dinaiki bersama empat rakan terbabas lalu terbalik di Kilometer 51.3 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran susur keluar Plaza Tol Alor Setar Selatan, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.45 pagi itu, semua mangsa bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, Sungai Petani selepas mengikuti kursus di Anak Bukit di sini, sejak empat hari lalu.

Difahamkan, ketika kejadian kenderaan dinaiki mangsa dalam perjalanan pulang ke IPD Kuala Muda selepas kursus dihadiri bersama rakannya ditamatkan lebih awal berikutan banjir yang semakin buruk di Alor Setar.
Mangsa bertugas di cawangan komunikasi IPD Kuala Muda, mati di tempat kejadian akibat parah di kepala manakala Nurul Akma Ramli, 25, yang bertugas di cawangan pengangkutan patah kaki.

Dua daripada mangsa yang cedera anggota polis dan seorang kakitangan IPD berkenaan.

Azharuddin berkata, Nurul Fitri yang berasal dari Lumut, Perak menghubunginya kira-kira jam 9 pagi semalam memberitahu dia akan pulang ke rumah dan tidak bertugas keesokan hari (hari ini).


“Arwah beritahu dia sangat rindu dua anak lelakinya iaitu Mohamad Faris Daniel, 4, serta Mohamad Alif Daniel, dua tahun.

“Bagaimanapun saya terkejut apabila dihubungi pejabatnya memberitahu isteri saya terbabit kemalangan di Alor Setar.
“Sebaik tiba di IPD Kuala Muda saya diberitahu isteri sudah tiada lagi dan dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB),” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintendan Ong Aik Chang berkata, berdasarkan maklumat, polis mendapati ketika menyusur keluar dari Alor Setar menghala ke Sungai Petani sebuah kenderaan pacuan empat roda menghimpit mereka menyebabkan pemandunya, seorang anggota polis hilang kawalan lalu terbabas ke dalam parit.

Katanya, kenderaan anggota polis itu remuk teruk dan terperosok ke dalam parit di tepi lebuh raya berkenaan menyebabkan seorang maut, seorang cedera parah manakala tiga lagi cedera ringan.

“Mangsa dan dua rakannya adalah kakitangan IPD Kuala Muda cawangan komunikasi dan pengangkutan manakala dua lagi anggota polis dari IPD sama,” katanya.

sumber metro online

sok cuti lagi....

bestnya esok cuti lagi bersempena dengan deepavali.....tiga hari lagi cuti minggu ni.tak plan apapun nak kemana,maybe duk kat rumah jer...biasanya cuti panjang ni balik kampaung,tapi bila mak dah takda jarang balik kampung...banyak habiskan masa kat kl jer.tak pun pergi memancing...itulah yang biasa dilakukan bila bercuti..pada kawan2 yang pulang ke kampung halaman tu berhati-hatilah bila memandu  kenderaan..

Wednesday, November 3, 2010

2 peniaga saman Sosilawati kes tanah 3 juta

KUALA LUMPUR: Dua ahli perniagaan memfailkan saman terhadap syarikat Nouvelle Beauty Centre Sdn Bhd, milik jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya selepas mendakwa wujud pelanggaran perjanjian jual beli tanah yang di atasnya mempunyai kedai pejabat bernilai RM3 juta di Kota Damansara, Petaling Jaya.
Saman difailkan pada 5 Ogos lalu iaitu 25 hari sebelum Sosilawati, 47, dilaporkan hilang dan kemudian disahkan dibunuh mati bersama pemandunya, Kamaruddin Shamsudin, 44; peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pegawai bank CIMB, Noorhisham Mohammad, 38, pada 30 Ogos lalu.

Plaintif, Low Choong Yen, 59, dan Lim Bee Geok, 52, menamakan Nouvelle Beauty sebagai defendan dalam saman mereka yang difailkan di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di sini, pada 5 Ogos lalu.

Peguam SH Tang hadir mewakili kedua-dua individu itu, namun Nouvelle Beauty tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 1 Disember depan mendengar permohonan Low dan Lim bagi memasukkan penghakiman ingkar terhadap Nouvelle Beauty selepas syarikat itu gagal memfailkan afidavit balasan selepas 14 hari saman dikemukakan.

Berdasarkan surat tawaran yang dipersetujui dan ditandatangani wakil Nouvelle Beauty pada 2 April lalu, defendan bersetuju menjual sebidang tanah seluas 144.9 meter persegi bersama dengan kedai dan pejabat empat tingkat di tanah milik syarikat itu pada harga RM3 juta.

Plaintif mendakwa sudah membayar RM60,000 ketika surat tawaran jual beli itu ditandatangani dan baki deposit RM240,000 dibayar ketika Perjanjian Jual Beli ditandatangani manakala selebihnya dibayar dalam masa 90 hari dari tarikh Perjanjian Jual Beli ditandatangani.

Mereka mendakwa, terma dan syarat dalam draf Perjanjian Jual Beli sudah dipersetujui dan dijadikan muktamad oleh kedua-dua pihak pada 22 April 2010.

Dalam afidavit itu mereka mendakwa, selepas sebulan surat itu ditandatangani, Nouvelle Beauty melalui surat peguam caranya bertarikh 30 April 2010, memaklumkan tidak berniat meneruskan transaksi jual beli itu.

Plaintif mendakwa, melalui surat bertarikh 3 Mei, Nouvelle Beauty terikat dengan terma dalam Perjanjian Jual Beli hartanah.

Pada 25 Mei 2010, Nouvelle Beauty memulangkan surat Perjanjian Jual Beli, suratcara pindah milik, borang permohonan kebenaran pindah milik serta cek RM240,000, tetapi gagal membayar balik wang deposit RM60,000.

Mereka memohon perintah mahkamah supaya Nouvelle Beauty meneruskan pelaksanaan Perjanjian Jual Beli hartanah itu, selain perintah injunksi bagi menghalang Nouvelle Beauty daripada melupuskan hartanah itu kepada orang lain selain daripada plaintif.

Kedua-dua individu itu menuntut ganti rugi akibat pelanggaran kontrak perjanjian, faedah, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

sumber metro online

banjir teruk dikedah...

JITRA: “Saya melihat sendiri bagaimana ibu mentua dihanyutkan air, tetapi tak mampu menolongnya kerana nyawa saya dan suami juga pada waktu itu bagai telur di hujung tanduk.”
Demikian kata Ashalehah Zain, 40, yang terselamat daripada lemas selepas berpaut pada sebatang pokok hampir tiga jam apabila banjir menenggelamkan rumahnya di Kampung Kota Giam, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, suami Ashalehah, Yusuf Abdullah, 41, seorang warga Jerman turut mengalami pengalaman serupa, namun ibu Yusuf, Erna Fischer, 64, hanya mampu berpaut pada pokok selama satu minit sebelum dihanyutkan arus deras dan masih belum ditemui sehingga petang semalam

“Saya dan suami yang berpaut pada pokok berasingan hanya mampu bertawakal kepada Allah SWT kerana sedar nyawa kami dalam bahaya,” kata Ashalehah.

Ashalehah dan Yusof diselamatkan anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Kedah, kira-kira jam 11.30 malam selepas menerima maklumat penduduk kampung berkenaan.

Ashalehah berkata, sebelum kejadian dia dan suami serta ibu mentuanya keluar daripada kediaman mereka sejurus melihat air sungai membanjiri rumah mereka hingga ke paras pinggang.

Menurutnya, tidak sampai seminit mereka keluar, tiba-tiba arus deras menolak mereka hingga ke sungai kira-kira 300 meter dari rumahnya.

“Saya sempat berpaut pada sebatang pokok di tepi sungai itu manakala suami berpaut dan memanjat pokok kira-kira lima meter daripada saya.
“Saya dengar ibu menjerit meminta tolong dan lama-kelamaan suara itu semakin sayup dan tidak kedengaran lagi,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, malam kelmarin.

Ashalehah berkata, dia nampak ibu mentuanya dibawa arus deras melalui sungai itu dan terkilan kerana tidak sempat menyelamatkannya.

Bagaimanapun, Ashalehah menyifatkan dia bernasib baik kerana ketika kejadian, anaknya yang berusia 13 dan 10 tahun berada di asrama sekolah.

Katanya, dia sudah tujuh tahun tinggal bersama suami di kampung berkenaan dan kadang-kala ibu mentuanya melawat mereka dan tinggal antara dua atau tiga bulan sebelum pulang ke Jerman.

“Sepatutnya hari ini (semalam) ibu pulang ke Jerman kerana tiket penerbangan sudah ditempah. Namun, segala-galanya sudah ditakdirkan dan saya hanya mampu berdoa supaya ibu selamat,” katanya.

Penduduk kampung, Ropian Hasan, 51, berkata, dia menemui pasangan suami isteri itu selepas terdengar suara meminta tolong dari pokok tidak jauh dari rumahnya.

“Saya meredah air separas dada ke kawasan pokok itu dan terkejut mendapati seorang lelaki dan seorang wanita sedang berpaut pada dua batang pokok,” katanya. Sementara itu, Pegawai Pertahanan Awam Kota Setar, Leftenan Muda Khairul Afzan Yassin berkata, pihaknya mengambil masa hampir satu jam untuk menyelamatkan kedua-dua mangsa.

“Kami mengerah 150 anggota dalam misi menyelamat mangsa di empat daerah yang terbabit banjir,” katanya.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Sawaludin Hamenudin pula berkata, Erna dilaporkan hilang kira-kira jam 8.30 malam ketika keluar menyelamatkan diri bersama anak dan menantunya.

Tuesday, November 2, 2010

JPN siasat laporan kakitangan terbabit kes jual bayi

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan menjalankan siasatan dalaman sekiranya wujud salah laku di kalangan petugas berikutan laporan yang mendakwa kakitangan JPN disyaki bersubahat menjual bayi.

"Sekiranya didapati ada unsur-unsur salah laku dan penyelewengan, jabatan ini tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan berdasarkan perundangan sedia ada," kata Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JPN, Zulkifli Rahmat, dalam satu kenyataan di sini.

Berita Harian hari ini melaporkan terdapat kakitangan JPN disyaki bersubahat dengan sindiket penjualan bayi bagi memudahkan urusan pendaftaran bayi dan pengeluaran sijil kelahiran asli tanpa prosedur yang ketat.
Laporan itu mendakwa selepas transaksi jual beli, pembeli dibawa oleh anggota sindiket atau kakitangan hospital ke Pejabat JPN, manakala "kaki" mereka di kalangan kakitangan jabatan sudah sedia menunggu untuk mendaftar dan pengeluaran sijil kelahiran lengkap dengan nama bayi menggunakan bin atau binti bagi pasangan Islam dan bapa serta ibu bagi yang bukan Islam.

Berhubung dakwaan pembabitan petugas JPN dalam kes itu, Zulkifli menjelaskan bahawa sistem pendaftaran kelahiran di JPN adalah dikawal dan kelulusan setiap permohonan tidak dilakukan oleh petugas kaunter secara berseorangan.

"Bagi tujuan kawalan dan keselamatan, JPN juga mempraktikkan sistem kelulusan berperingkat di mana setiap permohonan pendaftaran kelahiran perlu disemak oleh penyelia sebelum diluluskan dan dikeluarkan sijil," katanya. - BERNAMA

Anak Sosilawati fail saman RM60 juta

Keluarga jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, memfailkan tuntutan saman gantirugi bernilai RM60 juta terhadap enam individu yang terbabit dalam pembunuhan wanita itu akhir Ogos lalu.

Tuntutan itu difailkan enam anaknya, Erni Dekritawati Yuliana Buhari, Erwan Suwari Rizuwan, Md Erwan Nasri, Erni Erinawati Sofia, Erni Rineelawati dan Siti Nur Fatimah.

Mereka menamakan enam individu iaitu empat tertuduh kes pembunuhan ibu mereka, bekas peguam, N Pathmanaban, R Kathavarayan, R Mathan dan T Thilaiyagan serta terhadap dua pesalah yang didapati melupuskan mayat Sosilawati serta tiga yang lain, K Sarawanan dan U Suresh.
Peguam Kamarudin Ahmad daripada Tetuan Kamarudin & Partners memfailkan tuntutan saman berkenaan di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada jam 8.45 pagi tadi.


Beliau yang ditemui selepas itu, berkata jumlah tuntutan itu menjadi RM60 juta daripada cadangan awal RM40 juta sebelum ini, selepas pihaknya dimaklumkan Sosilawati ada membuat perancangan untuk menyenaraikan syarikat kosmetiknya, Kumpulan Nouvelle Visages ke Bursa Malaysia, sebelum usahawan wanita itu dibunuh pada 30 Ogos lalu.

  Bagaimanapun, semua anak-anak Sosilawati tidak hadir atas alasan peribadi.
sumber metro

Tempe.....anda suka tak

nilah tempe....tak kenal ke
Tempe goreng layan ....
Dahulu bila sebut tempe saja...mesti dikaitkan dengan orang jawa,hahaha...tak ngaku jawa lah tue.tempe ni diperbuat daripada kacang soya..tentu ramai yang suka & tak suka tempe ni.kalau sekitar johor paling best ialah tempe goreng...tempeng goreng ni dicicah dengan sambal kicap yang campur cili api,maybe sekarang ni tempe kian diminati ramai kerana tempe jugak ada membekalkan protein untuk kita...pada siapa yang tak cuba lagi,anda cuba,try,test,tengokk pastiii  best punyer...

apa tggu lagi...contezt sempoi senang menang,meh follow..

salam & selamat malam pada semua,bro baru jer melunaskan janji bro pada folowers yang bertuah untuk bulan ni topup rm15.pada semua yang masih mencari peraduan yang paling sempoi....meh follow sini,tanya pemenang sempoi tak contezt ni..hehe.bro rasa bulan depan nak cari 2 followers....ok tak.setiap pemenang bakal terima topup rm10 saja....

Penyampai radio dicekup khalwat

Dia dikenali sebagai penyampai radio yang mempunyai ramai peminat sendiri namun itu tidak menghalang pihak berkuasa daripada menahannya atas tuduhan berkhalwat bersama pasangan berusia 24 tahun, malam kelmarin.
Ketika ditahan deejay yang juga penerbit rancangan radio di utara berusia 34 tahun itu memberi alasan menemani teman wanitanya yang tinggal berseorangan di rumah sewa di Taman Tunku Sarina, Jitra dekat sini, menjamu selera.

Pasangan itu dicekup kira-kira jam 11.15 malam oleh sepasukan pegawai penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu (PADKP).
Difahamkan, ‘orang kuat’ stesen radio itu mengenali wanita berkenaan yang berasal dari Sarawak ketika wanita itu membuat latihan amali di stesen radio tempat dia bekerja beberapa bulan lalu.

Menurut sumber, hasil maklumat orang awam, sepasukan anggota PADKP bergegas ke sebuah rumah di taman perumahan itu dan mengesyaki sesuatu mencurigakan apabila mendapati rumah berkunci.

Katanya, apabila pintu diketuk, seorang lelaki berpakaian lengkap membukanya dan membenarkan pemeriksaan dijalankan di dalam rumah berkenaan.
“Pemeriksaan mendapati ada seorang wanita di dalam rumah itu yang turut berpakaian lengkap dan siasatan mendapati mereka tiada hubungan mahram atau suami isteri.

“Lelaki itu mengaku mengenali pasangannya ketika wanita yang berasal dari Sarawak itu menjalani latihan amali di stesen radio berkenaan beberapa bulan lalu,” katanya.
Sumber itu berkata, penyampai radio itu juga memberi alasan menemani pasangannya menjamu selera kerana wanita itu menyewa seorang diri di rumah berkenaan.

Difahamkan, penyampai radio itu terkenal di kawasan utara Semenanjung menduda sejak beberapa tahun lalu manakala wanita berkenaan masih bujang.

Sumber itu berkata, sebelum ini pihaknya menerima aduan penyampai radio berkenaan kerap bermalam di rumah wanita itu selepas waktu kerja atau pada hari cuti dan hanya pulang keesokan hari.

“Pasangan itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu sebelum dibawa ke pejabat agama daerah untuk diambil keterangan,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 9(1)(2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988 dan jika sabit kesalahan pasangan itu boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau setahun penjara atau kedua-duanya sekali.

 sumber metro online

Jumlah mangsa banjir Perlis yang dipindahkan meningkat

Keadaan banjir bertambah buruk di Perlis dengan angka mangsa yang dipindahkan meningkat kepada 4,536 orang petang ini berbanding lebih 3,000 pada sebelah pagi.
Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis berkata, mereka dipindahkan ke 35 pusat pemindahan dengan 2,548 mangsa di kawasan Kangar, 1,154 di kawasan Padang Besar dan 834 di kawasan Arau.

Pasukan penyelamat masih mengesan mangsa-mangsa yang perlu dipindahkan untuk dibantu.
Sementara itu, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah turut meninjau beberapa pusat pemindahan banjir hari ini.

Antara pusat pemindahan yang dilawati baginda berdua ialah Sekolah Kebangsaan Guar Nangka, Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Jaafar Hassan, Sekolah Kebangsaan Batu Bertangkup dan Sekolah Kebangsaan Titi Tinggi.

Pada lawatan itu, Raja Muda Perlis menasihati mangsa-mangsa banjir supaya bersabar dan sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa demi keselamatan mereka.
Bagi kawasan-kawasan yang baru ditenggelami banjir, baginda berharap mangsa-mangsa mematikan suis utama elektrik dan bersiap sedia untuk berpindah jika keadaan memerlukan.

Titah baginda keperluan penting perlu dibawa ketika berpindah termasuk dokumen peribadi, kad kredit, kad perubatan, ubatan, sijil akademik dan ijazah serta alat pengecas bateri telefon bimbit.

Baginda turut mencadangkan mangsa-mangsa banjir turut membantu pihak pengurusan pusat pemindahan dengan menubuhkan kumpulan memasak dan mengawal keselamatan.

Turut mengiringi baginda berdua dalam lawatan itu ialah Setiausaha Kerajaan negeri Perlis, Datuk Azizan Hamid.-Bernama

Along Spoon dibunuh !! Hukuman mati ke atas anggota polis kekal

Seorang anggota polis tetap menjalani hukuman mati selepas gagal dalam rayuan terakhirnya di Mahkamah Persekutuan bagi mengetepikan sabitan dan hukuman mati kerana membunuh penyanyi kumpulan Spoon, 11 tahun lalu.
Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi yang mengetuai panel tiga hakim sebulat suara mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Seremban yang mendapati Lans Koperal Mohamed Ya'cob Demyati bersalah terhadap tuduhan membunuh Sabi'ul Malik Shafiee atau lebih dikenali sebagai Along dan menjatuhkan hukuman mati terhadapnya.

Dua lagi hakim dalam panel itu ialah Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Md Raus Sharif dan Datuk Abdull Hamid Embong.
Sewaktu keputusan itu diumumkan, Mohamed Ya''cob, 44, dari cawangan pengawal pengiring Ibu pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, kelihatan tenang.

Beliau berkata, terdapat keterangan menunjukkan bahawa Mohamed Ya'cob adalah orang terakhir bersama dengan si mati, malah seorang saksi pendakwa Mohd Fadzil Mohd Yatim juga memberi keterangan bahawa beliau diminta oleh Mohamed Ya'cob untuk meninggalkan mereka (Ya'cob dan Along) di tempat di mana mayat Along ditemui kemudian.

Selain itu, kata beliau, terdapat keterangan bahawa Mohamed Ya'cob menyoal si mati berkali-kali dengan suara yang keras tentang hubungannya (Along) dengan isterinya (Ya'cob).

Abdull Hamid yang mengumumkan keputusan itu berkata Hakim Mahkamah Tinggi tidak tersalah arah apabila menerima maklumat daripada Mohamed Ya'cob mengikut Seksyen 27 Akta Keterangan yang membawa kepada penemuan mayat Sabi'ul atau lebih dikenali sebagai Along, di KM 28, Jalan Kuala Klawang Genting Peras.

Selain maklumat mengikut Seksyen 27 itu, Abdull Hamid berkata, terdapat keterangan mengikut keadaan yang membawa kesimpulan bahawa Mohamed Ya'cob membunuh Along.
Mohamed Ya'cob, yang juga pengawal peribadi kepada Yang di-Pertuan Agong ke-10 dan ke-11 pada 1999, didakwa membunuh penyanyi berusia 19 tahun itu, di Kilometer 28, Jalan Kuala Klawang-Genting Peras, Jelebu pada 1 pagi 26 Disember 1999.

Along yang popular dengan lagu "Rindu Serindu-Rindunya" dilaporkan hilang pada 25 Disember 1999 dan polis kemudian menjumpai rangka manusia dipercayai penyanyi itu, yang diikat dalam guni di lereng bukit di Jalan Kuala Klawang, pada 6 Januari 2000.

Pada 29 Ogos 2008, Mahkamah Rayuan menolak rayuan Mohamed Ya'cob terhadap sabitan dan hukuman mati yang dihadapinya. Dalam keputusannya itu, Abdull Hamid tidak bersetuju dengan hujah peguam Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Mohamed Ya'cob bahawa anak guamnya tidak diberikan satu perbicaraan yang adil kerana hakim Mahkamah Tinggi mengambil kira-kira lima tahun dan lima bulan untuk menyediakan asas penghakimannya.

Abdull Hamid berkata, bukan semua kelewatan boleh membatalkan semua prosiding mahkamah.

Katanya, Mahkamah Tinggi telah memberikan keputusannya pada 10 April 2002, iaitu sebulan, empat hari selepas selesai mendengar perbicaraan kes itu, oleh itu, tidak boleh mengaitkan isu kelewatan dengan hak Mohamed Ya'cob untuk mendapatkan perbicaraan yang adil.

Berdasarkan keterangan yang dikemukakan dalam perbicaraan, Mohamed Ya'cob memberitahu Mohd Fadzil bahawa dia mensyaki isterinya ada hubungan dengan si mati.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Awang Armadajaya Awang Mahmud.

-Bernama

Rela mati demi isteri

Demi menyelamatkan isterinya, seorang penoreh getah sanggup menggadaikan nyawa apabila merelakan dirinya disengat ribuan lebah sehingga dia terbunuh dalam kejadian di Kampung Tanah Lot, Pasir Gajah, Kemaman, kelmarin.
Akibat kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, Ali Din, 54, meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Kemaman manakala isterinya, Khersiyah Engku Hassan, 51, turut cedera dan dimasukkan ke wad selepas terdapat 102 kesan sengatan pada badannya.

Kejadian berlaku ketika pasangan suami isteri itu berjalan kaki pulang ke rumah selepas selesai menoreh getah di kebun milik mereka sebelum seekor lebah tiba-tiba menyengat pipi Khersiyah.
Secara spontan, Khersiyah menampar lebah di pipinya hingga serangga itu mati, namun selang beberapa saat kemudian ribuan lebah muncul dan menyerang pasangan itu.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Abdullah Sani Salat berkata, dalam keadaan kelam-kabut dan kesakitan, pasangan itu lari mendapatkan bantuan pekerja asing di rumah kongsi tidak jauh dari situ.

Menurutnya, kumpulan pekerja asing itu menyerahkan selimut kepada Ali dan Khersiyah sebelum mereka turut melarikan diri ke semak berhampiran akibat disengat.
“Selepas mendapat selimut, si suami menyelimuti isterinya, tapi mereka terus berlari hingga si suami akhirnya terjatuh. Si isteri cuba membantu, tapi suaminya menyuruh dia terus lari menyelamatkan diri.

“Kebetulan, ada satu tong besar berisi air tidak jauh dari situ dan suami menyuruh isterinya menuju ke tong itu dan menyelam bagi mengelak terus disengat,” katanya.

Beliau berkata, biarpun keberatan, Khersiyah akur arahan suaminya dan tindakan itu menyelamatkan nyawanya manakala Ali terus disengat ribuan lebah hingga tidak sedarkan diri.

Menurut Abdullah Sani, selepas keadaan agak terkawal Khersiyah pulang ke rumahnya dan mendapatkan bantuan ahli keluarga.

Katanya, seorang adik ipar Khersiyah segera membantu wanita itu dan turut bergegas ke tempat Ali terlantar tidak sedarkan diri sebelum membawa mereka berdua ke Hospital Kemaman. “Bagaimanapun, mangsa meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital dan dia menghembuskan nafas terakhir di atas riba isterinya,” katanya. Abdullah Sani berkata, hasil bedah siasat, doktor mengesahkan Ali meninggal dunia disebabkan mengalami alahan pada sengatan lebah manakala isterinya yang mempunyai 102 kesan sengatan di badan masukkan ke wad sebelum dibenarkan keluar pagi semalam.

Menurutnya, jenazah Din sudah dituntut anggota keluarganya sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pasir Gajah di sini, kira-kira jam 11 pagi semalam.

sumber metro online

Monday, November 1, 2010

siapa dayah NHY.......rm15

salam,selamat malam...buat semua sahabat handai bro yang mengenali atau ingin dikenali,semua sedia maklum pasukan kelantan telah menewaskan negeri sembilan 2-1 ,tahniah diucapkan pada semua rakyat kelantan & semua peminat2 bola tanah air..hihi.sebenarnya bro hari ini ingin memaklumkan pada semua follower bro yang seorang daripada anda bakal menerima topup percuma dari bro sebanyak rm15 seperti yang dijanjikan untuk bulan 11 ini.bila bro umumkan saja nak pemenang ,tolong angkat tangan tau..haha.ala,kalau semua akan tangan pun bro tak nampak pun,hihi...dah 2 hari bro tk dapat nak blogwalking,line tak berapa nak elok.hari ni bro nak tanya siapa dayah NHY...dia ni memang follower bro.boleh claim topup dengan bro..bro tak dapat link dayah..
                                                pemenang untuk bulan 11 ini
                                                            jatuh kepada
                                                           Dayah NHY